Nasi Lemak, Tosei dan Char Kuey Teow adalah antara makanan Malaysia yang menjadi kegemaran seluruh masyarakat Malaysia berbilang bangsa. Dalam artikel yang lepas Min ada kongsikan tentang senarai makanan India yang digemari semua lapisan masyarakat. Jadi, dalam penulisan harini pula Min akan kongsi senarai makanan Cina yang kita semua suka!
Majoriti penduduk Malaysia adalah orang Melayu, dan selebihnya adalah Cina, India dan lain lain, namun makanan Cina antara sangat popular dan sangat diminati di kalangan rakyat Malaysia.
Sekarang dah banyak sangat makanan Cina yang dijual oleh Cina Muslim jadi orang melayu dah boleh makan semua yang sedap sedap!
Antara makanan Cina yang dimakan seluruh rakyat Malaysia adalah seperti:
1. Dimsum
Sebut Dimsum mesti semua orang tahu! Dimsum ni wujud sejak zaman Dinasti Han (206 SM-220), dah beribu tahun dimsum ni ada! Dimsum selalunya dimasak dengan cara digoreng atau dikukus dan terdapat pelbagai jenis. Kalau korang nak tahu, zaman dulu orang Cina di Malaysia akan makan dimsum ni untuk minum petang tau, makan dimsum dengan teh panas, sedap kan?
2. Char Kuey Teow
Kita suka sangat beli Char Kuey Teow kan dekat warung-warung tapi korang tahu ke Char Kuey Teow ni bukan makanan asli orang melayu? Yelah, sekarang memang nampak orang melayu je yang jual kan. Char Kuey Teow ni asalnya masakan orang Cina tau dan jika ikut resepi asal, CKT ni dimasak kering. Hal ini kerana, ‘Char’ dalam bahasa Cina bermaksud goreng. Hmm, tapi sekarang ramai peniaga melayu jual yang berkuah punya kan, takpelah kita enjoy jelah! Tapi, penting untuk kita tahu asal usul makanan kegemaran kita tau, jangan tahu makan sahaja ya!
3. Tau Fu Fah
Siapa dekat sini suka makan Tau Fu Fah? Tau Fu Fah juga salah satu makanan kebiasaan orang Malaysia yang berasal dari China dan mula dihasilkan sejak zaman Dinasti Wang Barat. Sekarang dah banyak di jual di Malaysia dan diubahsuai ikut citarasa Malaysia. Kat China, mereka makan dengan kicap, lada, minyak cili dan sebagainya. Tau Fu Fah ni diperbuat dari susu soya tawar dan banyak sangat khasiatnya tau!
4. Mee Wantan
Mee Wantan merupakan hidangan Kantonis yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh Asia. Biasanya dibuat dengan cara mee digauli dalam sos yang kaya dengan perasa dan lagi sedap digandingkan dengan bak choy dan dumpling! (Sumber: Asianfoodnetwork.com)
5. Nasi Ayam Hainan
Siapa je tak suka Nasi Ayam Hainan ni kan? Min tak payah explain pun description hidangan ni mesti semua dah terbayang. Ini juga salah satu hidangan orang Cina yang semua orang suka, senang nak dapat dan senang juga nak masak sendiri tau! Namun, Nasi Ayam Hainan dengan Nasi Ayam Malaysia ni ada sedikit perbezaan dalam segi masakan dan penyediaannya. Korang suka Nasi Ayam biasa atau Nasi Ayam Hainan?
Banyak lagi makanan Cina yang ramai orang Malaysia suka makan tapi Min senaraikan yang paling popular dinegara kita. Korang punya makanan Cina favourite yang mana satu?