5 Makanan India Kegemaran Rakyat Malaysia.

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing 5 Makanan India Kegemaran Rakyat Malaysia.

Seperti yang kita semua maklum, Malaysia merupakan negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan penganut agama berbeza. Walaupun begitu, rakyat Malaysia hidup aman harmoni dengan sesama kaum sejak kita bebas berpuluh tahun dahulu. Korang tahu tak salah satu faktor yang menyumbang kepada keamanan Malaysia adalah makanan? 

Ya, makanan ni ada kuasa untuk menyatukan pelbagai bangsa dan kaum tau. Dekat Malaysia ni, tak kira bangsa apa pun, semua orang suka berkongsi makanan, kan? Sebab itu lah, kalau kita pergi mamak, bukan bangsa India je customer diorang tau, tetapi Melayu dan Cina turut datang makan dekat mamak. 

Dalam artikel kali ini, Min nak share dengan semua beberapa makanan tradisi kaum India yang sangat popular di Malaysia. Semua bangsa pun makan makanan-makanan ni tau!

1.Tosei

Tosei. Sumber: hemalathaprabakharan.com

Orang Malaysia mustahil lah kalau tak tahu Tosei ni! Kalau tak pernah rasa sekalipun, mesti korang pernah dengar kan? Tosei atau biasa dipanggil thosai, dosa, dose, dosai ni senang je nak cari, kalau pergi mamak atau mana mana restoran India, confirm ada! Tosei selalu dimakan dengan acar, kuah dalca, sambal, kari ayam atau kambing. Sedap kalau dapat makan Tosei waktu sarapan pagi atau waktu malam time tengah lepak mamak! 

2. Murukku

Kudapan rangup berasal dari India. Sumber: swasthisrecipes.com

Muruku ni dah dikira sebagai makanan/kuih kegemaran satu Malaysia, bukan setakat makanan kaum India sahaja. Kalau musim Deepavali, memang merata rata ada dijual kuih Muruku ni, melayu pun ada jual tau! Min teringat balik kampung dan dihidang dengan Muruku ni, nostalgik betul! Sekali dah start gigit Maruku ni, kerangupan dan herba herba dalam satu kudapan tu memang susah nak berhenti. Padanlah semua orang suka!

3. Nasi Daun Pisang

Sumber: butterkicap.com

Sebut je pasal Nasi Daun Pisang mesti korang dah terbayang hidangan nasi dan beberapa jenis lauk yang disusun elok atas daun pisang kan? Nasi Daun Pisang ini dibawa ke Malaysia dari India selatan semasa mereka berhijrah ke Tanah Melayu waktu penjajahan (Sumber: Butterkicap, 2017). Hidangan ni juga merupakan hidangan vegetarian yang sering kali dihidangkan di kuil-kuil selepas upacara sembahyang atau semasa pesta perayaan. Nasi Daun Pisang ni antara kegemaran Min juga tau untuk menu lunch hehe. 

4. Adhirasam @ Kuih Peneram

Serupa macam donut kan? sumber: betterbutter.com

Kalau ditunjuk kuih ni dekat orang Melayu mesti ramai akan cakap ia adalah kuih Peneram/Denderam. Tapi ramai tak tau asal kuih Peneram ni adalah kuih Adhirasam dari India! Ya, kuih yang berbentuk donat dan berwarna coklat keemasan ni asalnya kuih tradisional India. Kalau nama Indianya ialah Adhirasam, nama melayunya pula kuih Peneram! Kalau pergi je pasar malam, mesti ada jumpa makcik makcik yang jual kuih ni. Menarikkan kuih tradisional India yang disukai ramai orang sehingga terhasilnya versi melayu punya! 

5. Vadai

Sumber: daridapur.com

Ada yang panggil vadai, vada, wada tapi sering disebut ‘Wa-dei’ merupakan kuih yang asasnya diperbuat dari kacang dhal dan dicampur dengan ramuan seperti cili, bawang, daun kari, jintan dan daun kari. Rasa rangup, gebu dan berempah dia tu memang buat semua orang suka! Kalau nak dapat kuih ni, pergi je pasar malam mesti ada yang jual tau!

Itu la antara makanan tradisional orang India yang dah jadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Best kan jadi orang Malaysia ni, makanan kita banyak betul variasi dan pilihan. Kalau bosan makanan Melayu, boleh cari makanan India nanti dah bosan makan Nasi Daun Pisang, kita cari makanan Cina pula! Nanti Min senaraikan pula makanan Cina yang semua suka untuk rujukan korang semua. 

Comments