Minum Petang di Ekues Cabin Cafe Sambil Tengok Perlawanan Kuda!

You are currently viewing Minum Petang di Ekues Cabin Cafe Sambil Tengok Perlawanan Kuda!

Siapa kat sini teringin nak tengok perlawanan kuda tapi tak pernah dapat? Ha! Korang boleh lah pergi ke Taman Ekuestrian Wilayah Perseketuan Putrajaya yang terletak di Precint 5 ni. Kat sini, memang khas untuk kuda-kuda dan segala aktiviti yang melibatkan kuda ada di sini. 

Sambil-sambil korang enjoy tengok kuda dan bermacam aktiviti lain kat sini, korang bolehlah lepak-lepak di sebuah kafe yang terletak betul-betul bersebelahan dengan kandang kuda yang ada kat sini iaitu Ekues Cabin Cafe.

Ekues Cabin Cafe ni simple je tau korang tapi bolehlah untuk korang lepak bersama kawan dan keluarga sambil menikmati kawasan kandang kuda kat sini. Makanan dan minuman yang disediakan kat kafe ni pun sesuai untuk korang makan sambil berborak dan mengisi masa lapang bersama yang tersayang.

Masa kami pergi ke sini, kami order satu bekas biskut lembut atau ‘soft cookies’ yang mempunyai pelbagai perisa dan sedap sangat tau korang! Besar pun besar dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan portion yang disediakan.

Cookies, RM17

Selain tu, kami ada jugak order air untuk kami nikmati sambil melihat aktiviti yang sedang berlangsung di taman itu.

Toffee Nut Latte & Creme Brulee Latte! 

Selain tu, makanan lain macam nasi lemak dan mi goreng pun ada kat sini tau. Makanan ringan seperti fries, scones, dan macam-macam lagi pun ada je kat sini kalau korang nak enjoy makanan ringan.

Kalau korang still takde idea nak buat apa kat Putrajaya ni, korang boleh datang dan lepak di sini dengan kawan-kawan dan keluarga korang. Enjoy! 

📍Ekues Cabin Cafe

Jalan Kandang Kuda,

Taman Ekuestrian Wilayah Perseketuan Putrajaya, 

Presint 5, 62000 Putrajaya

Comments