Mee Wantan, Hidangan Kantonis Kegemaran Ramai

You are currently viewing Mee Wantan, Hidangan Kantonis Kegemaran Ramai

Mee wantan atau mee wonton adalah hidangan Kantonis yang terkenal di seluruh Asia Tenggara. Berasal dari Hong Kong, mee wantan mempunyai hidangannya yang tersendiri mengikut selera masyarakat di negara mereka atau di Malaysia.

Gerai kecil yang menjual hidangan cina dahulu
Dulunya rakyat Cina hanya menjual mee wantan atau hidangan lain di gerai kecil sahaja. Sumber: Doi Kuro/Flickr.com

Macam mana sebenarnya makanan–makanan cina ni boleh datang di Malaysia? Korang pun mesti tertanya–tanya kan? Okay hari ni min share sedikit sebanyak macam mana hidangan yang berasal dari China ni boleh bertapak di negara kita.

Disebabkan sebahagian besar rakyat Cina Malaysia ialah keturunan pendatang dari selatan China, masakan Cina Malaysia kebanyakkannya berdasarkan himpunan kepelbagaian hidangan dengan akar umbi dari masakan Kantonis, masakan Hakka, masakan Fujian dan masakan Teochew.

Mee wantan
Mee watan antara masakan cina yang terkenal di seluruh negara. Sumber: asianfoodnetwork.com

Oleh kerana pendatang awal menetap di kawasan – kawasan yang berbeza di seluruh British Malaya dan Borneo ketika itu, mereka membawa bersama tradisi makanan dan asal usul mereka di China yang secara beransur – ansur diselitkan dengan ciri – ciri tempatan rumah baru mereka di Malaysia.

Kedai cina yang menyediakan masakan cina yang best dan sedap
Banyak kedai Cina atau kopitiam yang telah disahkan halal di negara kita sekarang. Sumber: Utterly Wong/Flickr.com

Makanan Cina amat menonjol di kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Cina, di gerai – gerai tepian jalan, pusat penjaja dan kopitiam, serta kafe pintar dan restoran mewah di seluruh negara. Banyak hidangan Cina yang mempunyai daging babi sebagai bahan komponen, tetapi ayam boleh didapati sebagai gantian untuk pengguna islam dan beberapa restoran Cina juga telah disahkan halal.

Take away mee wantan
Tengoklah bukan setakat mee je, banyak lagi inti lain yang ditambah untuk dimakan bersama mee wantan! Sumber: Phil Lees/Flickr.com

Jadi, itulah sedikit sebanyak mengenai asal usul hidangan Cina di Malaysia ni. Berbalik kepada topik kita mengenai mee wantan, ada dua jenis hidangan berdasarkan negara tersendiri.  Jika di Hong Kong, mee wantan biasanya akan dihidangkan dengan sup pasas dengan wonton udang serta dihias dengan sayuran berdaun. Manakala di Malaysia pula, mee wantan mempunyai hirisan char siu, sup dan wonton dihidangkan berasingan serta mee yang disajikan agak kering dan digaulkan dengan sos tiram yang sedikit pekat.

Mee wantan dihidang dengan sup
Ini contoh hidangan mee wantan dihidangkan dengan sup. Sumber: Su Lin/Flickr.com

Satu mangkuk sup yang berasingan akan mengiringi mee wantan just in case kalau ada penggemar yang suka makan mee wantan dengan sup kan. Dalam hidangan mee wantan, selain kualiti mee, sos juga adalah salah satu komponen yang penting. Sos tiram atau kicap soya yang pekat perlu direneh perlahan supaya membolehkan ia menjadi lebih likat dan lebih manis.

Mee wantan versi kering
Ini pula contoh mee wantan yang kering dicampur dengan sos tiram atau kicap soya yang pekat. Sumber: Amanda Lim/Flickr.com

Dalam sepinggan mee wantan juga akan ada inti lain seperti daging ayam cincang, isi ketam, sayur pak choy, dan beberapa ketul wonton atau dumpling. Inti – inti ini lah yang menaikkan lagi rasa kesedapan wantan mee yang korang makan tu sebenarnya, begitu juga faktor tekstur yang menentukan tahap kelazatannya.

Dumpling atau wonton goreng
Selain dumpling yang basah, mee wantan juga sedap dimakan dengan dumpling goreng. Sumber: Anthony Leow/Flickr.com

Nak cari mee wantan sekarang tak susah pun. Search je kat waze ke google ke ‘wantan mee near me’ confirm berderet kedai yang ada berdekatan. Sebelum pergi serbu, jangan lupa baca review dulu, barulah tak menyesal. Kang tengah craving nak mee wantan sekali dapat yang tak sedap dah kebulur pula.

Comments