‘Rice Paper Candy Straws’ Resepi Viral – Boleh Try Sempena Cuti Sekolah!

You are currently viewing ‘Rice Paper Candy Straws’ Resepi Viral – Boleh Try Sempena Cuti Sekolah!

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, mesti ibu bapa akan mula cari idea aktiviti untuk anak-anak buat sepanjang dirumah. Maklumlah, semuanya sedang bercuti memang riuh rendah rumah. Untuk elakkan anak-anak mula bosan dan hanya luang masa dengan gajet sepanjang hari boleh try ajak mereka buat aktiviti yang gunakan skills mereka. Snek dan jajan kan antara hidangan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kalau setiap hari nak beli jajan memang botak kepala kan, kesihatan pun terjejas!

Jadi dalam penulisan kali ni, Min akan share resipi snek yang viral di TikTok baru-baru ni. Cara nak buat snek ni amat senang tau, tak perlu masak dan tak guna banyak masa pun tau. Resipi ni mula dikongsi dari @/Ballehurns, seorang TikTokers yang popular dengan resipi-resipi menarik. 

Video resipi snek ni dapat sambutan yang positif. Sumber: @/ballehurns @ TikTok

Dalam resipi snek ni pun boleh guna pelbagai jenis buah pilihan masing-masing. Jadi, ia salah satu alternatif kreatif untuk bagi sumber vitamin C dan buah buahan kepada si kecil. Tambahan pula, ia adalah gluten-free alternatif bagi Sour candy yang dijual kat pasaraya kegemaran budak-budak ni! Jom tengok cara-cara buat snek ni!

Bahan-bahan:

  • Rice paper
  • Limau
  • Strawberry/Mango/Kiwi (any buah pilihan sendiri)
  • Gula

Cara-cara:

  • Sediakan air suam bersama air perahan limau didalam satu pinggan.
Rice paper direndam kedalam air limau. Sumber: Google
  • Gunting rice paper kepada dua bahagian.
  • Celupkan rice paper dalam air yang sudah disediakan tadi beberapa saat.
  • Susunkan buah pilihan diatas rice paper lalu gulung memanjang.
  • Di pinggan yang berasingan, taburkan gula ikut sukatan sendiri.
  • Gaulkan rice paper candy yang siap digulung tadi kedalam gula.
Sumber: @/ballehurns @ TikTok
  • Siap untuk dinyam-nyam!
Sumber: @/ballehurns @ TikTok

Senang kan resipi ni? Budak-budak mesti seronok nak cuba! Min pun baru nak cuba ni, jom buat Rice Paper Candy Straws sama sama!!

Comments