Resepi Nasi Kerabu Menggunakan Bunga Telang

You are currently viewing Resepi Nasi Kerabu Menggunakan Bunga Telang

Nasi kerabu merupakan makanan yang terkenal dikalangan orang pantai timur, lagi-lagi dikalangan orang-orang Kelantan. 

Nasi kerabu adalah nasi yang kebiru-biruan dimana warna biru tersebut terhasil dari bunga telang yang digunakan dalam masakan. 

bunga telang

Nasi kerabu dimakan dengan sambal kelapa, sambal cili, budu, telur masin, keropok, ulam-ulaman dan juga ayam goreng atau ikan goreng mahupun daging bakar dan macam-macam lagi. 

nasi kerabu

Nasi Bunga Telang

Bahan-bahan:

  • 3 1/2 pot beras 
  • 7 cawan air bunga telang (10-15 kuntum bunga telang)
  • Rendam dengan air panas untuk dapatkan warna kebiru-biruan
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun mangga
  • 5 helai daun mengkudu
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara:

  • Beras dibasuh dan di toskan, kemudian dimasukkan dalam rice cooker.
  • Masukkan serai, daun mengkudu, daun mangga dan daun pandan ke dalam blender dan kisar hingga lumat menggunakan air bunga telang tadi. 
  • Tapis dan masukkan dalam beras.
  • Masukkan daun limau purut dan Masak seperti biasa.

Kuah Tumis 

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 -2 ketul kunyit hidup
  • 1/2 kotak kecil santan 
  • 2 keping asam keping
  • ½ atau 2 cawan air, boleh agak-agak

Cara-cara: 

  • Kisar semua bahan kecuali santan dan asam keping hingga lumat.
  • Tuang ke dalam periuk dan masukkan santan dan asam keping. 
  • Masukkan garam dan sedikit gula melaka.
  • Masukkan ayam ke dalam periuk yang sama dan masak ayam hingga 3/4 masak. 
  • Selepas ayam dah 3/4 masak, keluarkan ayam dan didihkan lagi kuah hingga pekat dan pecah minyak. 
  • Masak sehingga pekat, kemudian tutup api dan ketepikan.
  • Ayam yang dikeluarkan tadi boleh dibakar di dalam oven atau air fryer sehingga betul-betul masak.  

Sambal ikan dan kelapa

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  • Tumbuk semua bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali dan juga sedikit budu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • sedikit gula kabung yang dihancurkan.
  • sedikit garam dan maggi cukup rasa.
  • 2 ekor ikan kembung yang direbus dan diasingkan isinya. 
  • 2 cawan kelapa muda, isi putih sahaja. 
  • Gaul kan dengan ikan tadi, kemudian masukkan ke dalam kuali. 
  • Gaul kan dengan bahan tumbuk tadi.
  • Masak semua bahan dalam kuali di atas api sederhana. Jangan terlalu kuat untuk elakkan kelapa daripada cepat hangus.
  • Selepas kelapa sedikit kekuningan, api ditutup.

Budu 

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan budu
  • 1/4 cawan air
  • 3 daun limau purut
  • 1 batang serai diketuk

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  • Selepas selesai di masak, api ditutup dan budu ditapis 

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman

  • Segenggam taugeh-sis buat sendiri
  • Kubis
  • Daun selasih
  • Daun kesom
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Timun
  • Telur Masin secukupnya.
  • Keropok kembang dogoreng secukupnya.

Ada pelbagai lagi cara untuk membuat nasi kerabu. Ini adalah salah satu cara yang lengkap untuk menghasilkan nasi kerabu.