Syurga Peminat Biscoff Di Gerai Kayla Ice Cream!

You are currently viewing Syurga Peminat Biscoff Di Gerai Kayla Ice Cream!

Siapa kat sini yang hantu biscoff? Tak kisah lah yang makan roti dengan biscoff spread ke, aiskrim biscoff ke. Hari ini min nak share satu port yang jual pencuci mulut berasaskan biscoff sahaja iaitu Kayla Ice Cream.

Kayla Ice Cream adalah satu gerai kecil yang bertapak di kawasan Flat PKNS, berhadapan dengan Dewan Melati di Seksyen 7, Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula jam 1.30 tengahari hingga 6 petang.

Gerai Kayla Ice Cream
Kayla Ice Cream yang bertapak di kawasan Flat PKNS, hadapan Dewan Melati, Seksyen 7, Shah Alam. Sumber: hakakpink/TikTok

Menu

Antara menu pencuci mulut yang disajikan di Kayla Ice Cream ini adalah:

1. Lotus Biscoff Milkshake (RM8)

Selalu dengar biscoff ais krim je kan? Haaa ni diorang juga ada buat biscoff milkshake. Nampak luaran macam manis sebab campuran susu, ais krim dan juga biscoff spread tapi rasa dia memang cukup rasa, tak manis sangat.

Biscoff Milkshake
Minuman signature mereka, Biscoff Milkshake. Sumber: biscoffmilkshake_bykila/Instagram

2. KitKat With Biscoff Ice Cream (RM15)

Yang ini pula untuk peminat kitkat tapi masih nak rasa dengan biscoff ais krim. Serbuk kitkat dengan biscoff tu memang tak kedekut lah orang kata, manis manis sedap gitu.

KitKat With Biscoff Ice Cream
Tengok je pun dah kecur air liur kan? Sumber: hakakpink/TikTok

3. Pistachio With Biscoff Ice Cream (RM15)

Ini antara menu yang korang wajib cuba kalau korang memang suka kunyah kunyah kacang pistachio tu. Lagi lagi dapat makan dengan ais krim biscoff ni kan umphhhh terangkat habis!

Pistachio With Biscoff Ice Cream
Lotus Biscoff digabungkan dengan sos pistachio. Sumber: biscoffmilkshake_bykila/Instagram

Review

Min tengok review kat tiktok pun semua approve, dari segi portion biscoff yang dia letak, manisnya yang tak melampau, texture pun tak cair, tak pekat sangat dan harga pun berbaloi untuk ais krim dan milkshake diorang. Mana yang duduk area Shah Alam tu korang boleh singgah di Kayla Ice Ceram untuk cuba diorang punya biscoff ais krim dan juga milkshake diorang!

📍 Location

Kayla Ice Cream,

Dewan Melawati,

Jalan Plumbum 7/98, Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor.

Business Hour: 1.30PM – 6PM

Phone: 011 1540 6126

Facebook: https://www.facebook.com/people/Lotus-Biscoff-Milkshake-By-Kila/100076174751555/

Instagram: https://www.instagram.com/biscoffmilkshake_bykila/

TikTok: https://www.tiktok.com/@hakakpink