Ippudo – Restoran Self-Service dan Cashless Pertama di Malaysia

You are currently viewing Ippudo – Restoran Self-Service dan Cashless Pertama di Malaysia

(NON-HALAL) IPPUDO, sebuah restoran ramen Jepun yang sangat terkenal di dunia, melancarkan restoran tanpa tunai dan self-service yang pertama di Malaysia. Berlokasi di Damansara Utama, IPPUDO Express menyajikan perisa Ramen SHIRO-BOMB baharunya dan pembuka selera yang tidak pernah dihidang lagi sebelum ini!

Tumpuan mereka diberi kepada kecekapan dan kualiti makanan supaya pelanggan akan dapat buat pesanan mereka sendiri dari stesen Kiosk dekat situ. Selain daripada stesen Kiosk, pelanggan pun boleh memesan terus daripada aplikasi IPPUDO tau atau melalui pesanan web QR di meja. Senang sahaja dan korang tak perlu berhubung dengan staff mereka. Jenama Ippudo berjaya menggabungkan pengalaman makan dengan teknologi digital di Malaysia. Malah, di Jepun dah banyak restoran-restoran begini tau.

Self service kiosk. Sumber:ippudomalaysia/instagram

Harga di cawangan ini juga akan lebih rendah daripada cawangan Ippudo tradisional yang lain kerana caj perkhidmatan tidak akan dikenakan di sini. Jadi, pelanggan dapat menikmati variasi menu dari ramen dan sebagainya semuanya dalam persekitaran yang bersih, selesa dan juga moden! Singgah ke Ippudo Express di Damansara Utama untuk experience makan di cashless dan self-service restoran tau!

Bersih dan teratur suasana di Ippudo. Sumber:ippudomalaysia/instagram

📍Location:

No. 37-G Ground Floor,

Jalan SS 21/60, Damansara Utama,

47400 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 03-76136998

Website:https://www.ippudo.com.my

Instagram:https://instagram.com/ippudomalaysia?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Comments