Rasa Tradisi, Elemen Kebanggaan Chef Tempatan Bertaraf Antarabangsa ini!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Rasa Tradisi, Elemen Kebanggaan Chef Tempatan Bertaraf Antarabangsa ini!

Bermula dengan sebuah impian yang dikongsi bersama oleh dua anak muda tempatan ini, yang ingin mencipta pastri kontempoprari berkualiti tinggi dengan cita rasa Malaysia, kini impian mereka tercapai dengan memperkenal pastri artisanal yang unik dan menakjubkan ke pintu depan anda dengan hanya satu klik tempahan di Voilà.

Voilà Patisserie adalah hasil kerjasama dua chef antarabangsa kelahiran tempatan, Chef Loi Ming Ai dan Chef Otto Tay, yang baru sahaja memenangi tempat pertama di Coupe Du Monde De La Patisserie pada 2019 (World Pastry Cup 2019). Kemenangan ini telah membuktikan bahawa segala usaha mereka berlatih, mengasah dan menyempurnakan kemahiran mereka tanpa jemu telah membuahkan hasil apabila telah berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia pastri dan mengesahkan bahawa mereka merupakan antara chef pastri terbaik di dunia. Walau bagaimanapun, mereka beranggap anugerah tersebut menandakan garis permulaan perjalanan mereka yang kini mereka kongsikan dengan anda semua, dalam dunia keajaiban pastri iaitu Voilà Patisserie.

Mendengar prestasi dan pencapaian yang membanggakan, sudah tentu Min tak melepaskan peluang untuk melawat showroom pertama Voilà Patisserie yang bertempat di Jalan Kuchai Lama untuk mencuba sendiri pastri bertaraf antarabangsa buatan tempatan ini. Showroom yang berkonsepkan moden futuristik turut dilengkapi dengan kitchen dan woskshop space buat sesiapa yang ingin mengikuti kursus pastri. Ditambah pula dengan natural lighting daripada glass wall serta warm lighting, memberi impak high class dan eksklusif kepada showroom serta replika pastri yang dipamerkan.

Selain daripada melawat kawasan showroom, sudah tentulah Min berpeluang untuk mencuba pastri bertaraf antarabangsa ini. Min berkesempatan untuk mencuba sendiri empat jenis pastri yang anda semua boleh dapatkan dalam Delights Set daripada koleksi Petit Gâteau. Keempat – empat pastri dalam set ini disediakan dalam saiz mini yang dipilih khusus untuk koleksi ini oleh kedua-dua chef. Pilihan rasa bagi koleksi ini diilhamkan oleh kenangan indah dan cita rasa zaman kanak-kanak mereka.

Dengan saiz yang comel dan bungkusan yang elegan, Delights Set ini sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan buat sahabat handai atau keluarga, tapi kalau anda nak beli buat makan sendiri pun boleh #selfreward. Berikut adalah jenis pastri yang anda akan dapatkan dalam set ini; Parfum (raspberry rose), Lily Pandan (pulut hitam pandan), Jaune (mangga) dan Le Sesame Noir (black sesame mousse)

Buat sesiapa yang teringin nak cuba pastri dan desserts yang dibuat oleh Duo Juara Pastri Dunia kebanggaan warga Malaysia ini, anda semua boleh dapatkan dengan membuat tempahan di laman sesawang rasmi mereka. Selamat mencuba!

📍Waze / Google Maps : Voilà Patisserie

Alamat : 14 & 16, Jalan Indrahana 1, OFF, Jalan Kuchai Lama, Taman Indrahana, 58200 Wilayah Perserkutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Website : https://voila.my/

Comments