Kocha Lala – Kafe Kampung di Tengah Bandar!

You are currently viewing Kocha Lala – Kafe Kampung di Tengah Bandar!

Bila dah tinggal di tengah bandar ni, kadang-kadang mesti datang rasa rindu pada masakan kampung, betul tak? Kalau korang teringin sangat nak makan masakan kampung tetapi tak ada masa nak drive balik, jangan risau! Boleh singgah ke Kocha Lala di Cyberjaya.

Kocha Lala, Tamarind Square. Sumber: Google

Kocha Lala merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan makanan kampung Negeri Sembilan, Kedah dan juga Pahang! Bertemakan kafe kampung, interior restauran ni pun dihiasi dengan lukisan pemandangan di kampung tau. So, sambil-sambil makan tu korang dapat la rasa feel macam tengah makan kat rumah di kampung, kan? Berlokasi di Tamarind Square, Cyberjaya dan mereka juga menawarkan pelbagai menu menarik tau!

Memberi suasana kampung untuk pelanggan. Sumber:twt_cyberjaya/twitter

Jom kita tengok antara menu bestseller mereka!

1. Peknga Kedah Sambal Bilis (RM9)

Ni salah satu menu kampung paling sedap makan waktu petang sambil ambil angin luar rumah, kan? Lempeng kelapa cicah sambal ni pekena pula dengan kopi panas, memang layan!

Sumber:twt_cyberjaya/twitter

2. Jenahak Masak Tempoyak (RM52)

Ikan Jenahak yang dimasak dengan tempoyak yang dibawa khas dari Temerloh tau gais, rasa confirm padu ni. Dengar cerita menu ni antara paling laku, yelah susah nak jumpa masak tempoyak di kota KL kan. Peminat Tempoyak wajib cuba menu ni, kuah pekat dan pedas tu memang puas hati.

Sumber:kochalalacyberjaya/instagram

3. Mee Bandung Muar (RM24)

Min baca review cakap mee bandung kat sini padu gais, kuah dia pekat likat tau. Memang serupa dengan yang dijual dekat Muar.

“Ordered the mee bandung and nasi lemak ayam pencen. All are VERY delicious and well presented, really gives off the kampung vibes”

Sumber: twt_cyberjaya/twitter

Orang-orang kampung yang dah lama rindu masakan kampung halaman korang, sini la tempat yang sesuai untuk korang tau. Jangan lupa singgah dengan kawan-kawan dan family korang, dan rasa sendiri betul betul authentic ke tidak masakan di sini.

📍Location:

D2-03-10A TAMARIND SQUARE,

Persiaran Multimedia,

63000 Cyberjaya, Selangor

Phone: 011 27749029

Website: –

Instagram: https://instagram.com/kochalalacyberjaya?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Comments