Jenama Tealive merupakan antara jenama minuman yang terkenal kat Malaysia ni, memang dah tak asing lagi dengan kita semua. Tealive ni juga memang kreatif betul tau, selalu je keluarkan menu baharu yang best-best, pandai betul nak tarik perhatian penggemar milk tea macam Min ni hihi.
Beberapa hari lepas, Tealive dah releasekan Caramel Pudding Ramen series secara official gais dan macam biasa la setiap kali ada menu baru wajib la viral. Setiap hari scroll TikTok, Twitter, Instagram asyik nampak air ramen ni je, haih min sorang je ke yang belum cuba?
Tealive memperkenalkan minuman Caramel Pudding Ramen Milk Tea dan Caramel Pudding Ramen Smoothie yang menjadi bualan orang ramai, tapi berbaloi ke beli?
Betul ke sedap? Sebelum pergi try sendiri haruslah min baca review orang ramai tau. Ramai yang cakap sedap dan wajib cuba manakala ada juga beberapa yang komplain sebab terlalu manis dan sebagainya. Tetapi biasalah, dah nama pun dessert macam ni kalau tak manis tak laku uolls!
Dari segi rupa memang nampak sebiji macam Ramen kan? Tapi jangan tertipu sebab langsung tak rasa macam ramen ya! Mi Ramen yang kekuningan kat atastu hanyalah pudding dan telur tu pula gummy tau. Jangan risau memang tak ada rasa savouri hehe. Korang boleh dapatkan Caramel Pudding Ramen Milk Tea pada harga RM10.20 manakala Caramel Pudding Ramen Smoothie pada harga RM12.17 sahaja, jom serbu Tealive!!