Nur Ain Kuechap: Rasai Coconut Shake Yang Segar

You are currently viewing Nur Ain Kuechap: Rasai Coconut Shake Yang Segar

Hrmmm… Dahaga… Izzah rasa macam nak minum yang sejuk-sejuk… Ha! Apa kata Izzah pergi ke satu gerai ni?! Dekat situ ada jual coconut shake yang sedap! Jom korang, kita singgah ke ke Nur Ain Kuechap.

Terletak di Gelugor, gerai ini mendapat permintaan ramai untuk coconut shake mereka! Malahan pernah mencecah 300 cawan! Review yang diberikan pun best! Kalau korang nak cari tempat yang ada jual coconut shake, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/37cocolab-coconut-shake-alaf-baru-modern-version/

Menu

Coconut Shake

Coconut Shake di Nur Ain Kuechap (google.com)
Coconut Shake di Nur Ain Kuechap (google.com)

Apa yang membezakan coconut shake di sini dengan coconut shake yang lain? Untuk pengetahuan korang, kat sini, diorang ada masukkan sekali selasih tau. Jadi, coconut shake yang korang beli nanti konfem rasa lebih sedap berbanding yang lain. Harga pun murah, RM4 sahaja. Best kan?

Bagi Izzah, untuk sesiapa yang nak rasai coconut shake yang memang SEDAP ni, korang harus cuba di Nur Ain Kuechap. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat ni, korang boleh tengok di bawah. Untuk mengetahui tempat yang menyediakan makanan best di area Penang, korang boleh klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/food-dynasty-mee-terapung-pertama-di-penang/

Lokasi

📍Nur Ain Kuechap
519 A, Lorong Sungai Dua, Desa Permai Indah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/57QnkXfpW1pY5Qux6
⏰Waktu Buka: 12PM – 8PM (Setiap hari)
☎️Telefon: 011-28419223

Article curated by Izzah Norsham