Sejarah Kejayaan Jenama Lokal Bertaraf Antarabangsa, Rotiboy

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Sejarah Kejayaan Jenama Lokal Bertaraf Antarabangsa, Rotiboy

Rotiboy merupakan satu jenama roti Mexico yang sangat dekat dan terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja kat Malaysia, tetapi sejak dulu lagi dah lama ada di pasaran luar negara seperti Indonesia, Korea, Arab Saudi dan sebagainya. Harini Min nak cerita dekat pembaca semua tentang sejarah Rotiboy yang berasal dari Malaysia ni!

Rotiboy kegemaran rakyat Malaysia. Sumber: Google

Bermula dengan hanya menjual pau, Hiro tan, 54 telah membangunkan ‘Rotiboy’ iaitu jenamanya sendiri sejak 1998 lagi. Tan bergabung dengan kakaknya untuk menghasilkan jenama roti sendiri selepas beberapa tahun menjual pau yang dibuat keluarga mereka untuk mengumpul dana. Pada tahun 1998, Hiro Tan dan kakaknya membuka kedai pertama mereka ’Rotiboy Bakehouse’ di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, nama Rotiboy tu diberi sempena hubungan Tan yang rapat dengan anak saudaranya yang nakal tau!

Hiro Tan, pengasas Rotiboy. Sumber: thestar.com

Setelah beberapa tahun beroperasi, mereka berjaya membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia walaupun kedai pertama mereka di Bukit Mertajam tak dapat sambutan sangat dan hampir ditutup. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan buka kedai disana barulah dapat sambutan hangat tau! Sejak itu lah jenama mereka berkembang laju seperti cendawan tumbuh selepas hujan tau kerana kelazatan roti yang digemari semua lapisan masyarakat!

Rotiboy berdiri megah di Saudi Arabia. Sumber: cyberrt.com

Kini Rotiboy dah ada berratus cawangan di Indonesia, Korea, Thailand, Arab Saudi dan mereka juga sedang merancang untuk membuka cawangan di China dan New York pula! Dekat Korea, cawangan pertama dibuka sekitar tahun 2007 dan memang famous tau Rotiboy ni kalau korang jumpa kedai ni kat sana memang korang akan nampak orang beratur tau!

Populariti Rotiboy naik kerana ia digemari para artis K-pop. Sumber: malaysiankpopfans/twitter

Kira hebatlah jenama Malaysia kita ni dah bersaing dan menangi hati orang kat sana sebab kalau korang nak tahu kat Korea ada banyak sangat jenama bakery besar macam Tour Les Jours, Paris Baguette ya. Haa, haritu pun viral dikalangan peminat K-pop sebab ada beberapa artis K-pop yang dilihat menikmati Rotiboy ni!

Signature Mexican bun dari Rotiboy. Sumber: Google

Bagi orang ramai Rotiboy ni dah jadi makanan nostalgik tau yelah sebab membesar dengan selalu makan Mexican Bun yang gebu, rangup dan mentega cair dimulut ni. Min yakin kalau dah lama tak makan pun mesti kita semua masih boleh ingat bau dan rasa Rotiboy ni kan? Min teringat pula masa kecil dulu kalau ikut mak pergi mall wajib singgah beli Rotiboy, mengimbau memori betul! Terima kasih Hiro Tan sebab hasilkan roti yang dekat di hati semua orang, semoga jenama ni terus sukses.

Comments