Tempat Travel Paling Best Untuk Makan-Makan di Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Tempat Travel Paling Best Untuk Makan-Makan di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai variasi makanan yang sedap sedap selain tempat melancong yang cantik. Sangat rugi untuk kita sebagai rakyat Malaysia kalau tak explore semua tempat dan makan makanan yang ada di negara kita ni. Sedangkan orang luar pun sanggup travel ke Malaysia demi menikmati makanan kat sini yang dikenali syurga makanan ni! Jom kita tengok tempat tempat best kat Malaysia untuk korang pergi makan-makan!

1. Pulau Pinang

Sememangnya antara tempat top yang orang suka pergi untuk makan-makan, negeri Pulau Mutiara ini juga terkenal dikalangan pelancong luar negara. Kalau kat KL pun dah terlampau banyak kedai Nasi Kandar, Laksa Penang yang memang sedap sehingga menjilat jari, kan? Apatah lagi kalau korang datang makan dekat negeri asalnya sendiri tau!

Pulau Pinang. Sumber: Google

Antara tempat makan yang wajib korang singgah dekat Penang adalah Deen’s Maju Nasi Kandar, Roti Canai Transfer Road, Sungai Dua Char Kuey Teow, Restoran Hameediyah dan banyak lagi lah! Kalau min sambung list memang tak habis gais. Min pun suka sangat pergi Penang tau sebab dari pagi sampai malam pusing-pusing untuk makan je kerjanya. Kebanyakan orang yang datang Penang pun memang tujuan mereka untuk makan je sebenarnya, betul tak ;P

Tempat makan best di Penang. Sumber: Google

2. Melaka

Sama macam Pulau Pinang, Melaka pun mewarisi macam-macam makanan sedap daripada golongan Peranakan. Makanan-makanan Peranakan Baba Nyonya di Melaka selalunya banyak guna santan dan rempah ratus sebab itulah sedap betul. Min recommend kalau nak jalan-jalan kat Melaka ni rancanglah masa untuk datang pada hujung minggu tau sebab banyak makanan sedap dekat Jonker street korang boleh cuba!

Jonker Street, Melaka. Sumber: Google

Selain Jonker Street juga, tepat tempat makan best kat Melaka yang biasanya jadi tumpuan pelancong ialah Nasi Lemak Hijau, Asam Pedas Claypot, Authentic Nyonya, Cendol kampung hulu. Haa, semua ni adalah antara yang famous la dekat Melaka, jangan lupa singgah tau! Satu lagi, jangan lupa beli Kuih keria juga, makan masih panas-panas sedap!!

Antara wajib cuba di Melaka. Sumber: Google

3. Kelantan

Kelantan pun merupakan syurga makanan yang lazat lazat tau. Walaupun sekarang banyak makanan tradisional Kelantan dah boleh dapati di banyak tempat di Malaysia, tetapi keaslian rasa tu masih tak boleh kalahkan yang di negeri asal. Selain itu, negeri Pantai Timur ini yang bersempadan dengan Thailand ini juga terkenal dengan makanan unik yang banyak pengaruhnya dari negara seberang tau.

Suasana di Kelantan awal 2000. Sumber: Google

Baru-baru ini min pun baru sahaja pergi bercuti dengan tujuan food hunting dekat Kelantan, 3 hari memang tak cukup nak cover semua tempat best kat sana tau! Antara tempat best untuk makan dari sarapan sehingga ke makan malam ialah Pok Loh Milo Tunggeng yang menyediakan pelbagai jenis makanan sarapan dan milo dia yang legend! Untuk makan tengahari korang boleh cuba makan di Restoran Hover yang menyajikan banyak lauk-lauk kampung sedap, famous tau ayam goreng kampung diorang! Makan malam kalau korang nak makanan ala-ala Thai boleh ke Suwarin Jinda Cafe, sini memang hot gais so kena datang awal tau kalau tak jenuh la beratur huhu.

Makanan-makanan di Kelantan. Sumber: A.Mohd/purpledurian

4. Ipoh

Semestinya, korang wajib mencuba makanan-makanan dekat Ipoh! Banyak makanan tempatan istimewa hanya boleh didapati khas di Ipoh sahaja tau. So, kalau korang nak cari tempat untuk food hunting makanan menarik di Malaysia, mulakan dengan Ipoh. Bukan sahaja banyak makan sedap tapi kat Ipoh juga banyak tempat cuci mata yang lawa ya.

Concubine Lane, Ipoh. Sumber: Google

Dim sum dari Foh San Dim Sum yang kelazatannya tiada tolak tanding, terutamanya sajian terung sumbat rangup dan penuh perisa tu ughh sedapnya gais!! Greentown Dim Sum amat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Selain itu, Restoran Hj Sharin Low Grand, D’naina Ipoh, Nasi Ganja Restoran Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan pun wajib mask list korang tau!

Semua sedap-sedap belaka di ipoh. Sumber: Google

Banyak tau tempat best kat Malaysia ni untuk pergi makan-makan, cuma kita je tak tahu. Itu sahaja penulisan harini, Min harap dapat bantu korang rancang perjalanan food hunting korang ya!

Comments