Acar adalah sejenis makanan sampingan masyarakat Melayu yang digemari orang ramai sejak dulu lagi. Kalau mat salleh sebut pickles, kita pula kenal dengan acar. Disebabkan orang Melayu suka sangat dengan acar ni, ada banyak jenis acar tau macam acar buah, acar timun, acar bawang dan sebagainya. Korang agak-agak siapa yang cipta resepi asal acar ni? Orang Melayu ke? Kalau nak tahu, jom baca penulisan min pasal sejarah acar buah ni sampai habis!
Surprisingly, acar ni datang dari perkataan Hindi ”Achar” yang membawa maksud jeruk. Menurut cerita orang zaman dulu-dulu, acar ni ialah sejenis makanan yang dibawa oleh pedagang-pedagang dan pelayar India. Yelah, sebab acar kan memang hidangan yang diperam dalam masa tertentu jadi memang ia akan tahan berbulan-bulan lama.
Para pelayar India juga menjadikan acar sebagai bekalan makanan mereka dan dikenalkan juga kepada negara-negara yang mereka singgah. Apabila singgah ke Malaysia, orang Melayu rasa je dengan acar ni terus jatuh cinta haa sampailah sekarang acar ada je dalam peti rumah kita, kan?
Bukan kat Malaysia je ada acar tau, di Mozambique, Thailand, dan Indonesia pun ada acar versi negara masing-masing. Walaupun mungkin bukan resepi asal dari India tetapi mungkin pengaruh India tu ada walaupun dah dimodifikasi ikut cara sendiri. Dekat Mozambique terkenal dengan acar lemon dan dekat Malaysia ni, acar yang paling dimakan ialah acar timun dan ada sesetengah hidangan je yang dimakan dengan acar macam Nasi Minyak, Nasi Biryani, dan lauk kenduri kahwin orang Melayu.
Acar buah pula mungkin dah tak ramai yang makan sekarang, dulu-dulu mak mak suka la buat kan? Acar buah dibuat dengan buah-buahan seperti limau jeruk, prun, kismis, buah pala dan dicampur dengan bahan-bahan lain untuk dijerukkan tu. Acar buah sedap digandingkan dengan lauk ayam masak merah, nasi tomato dan sebagainya. Berbanding acar timun, acar ni kurang digemari lebih lebih lagi budak-budak muda, jadi dah susah nak jumpa, kalau teringin nak makan, buat sendiri je!
Jadi, itulah sejarah ringkas acar buah dan acar secara amnya. Seronok kan bila dapat ilmu baru tentang makanan ni, baru kita tahu yang makanan kita sebenarnya banyak pengaruh dari orang luar. Nanti kalau kawan kawan atau orang lain tanya pasal acar buah boleh lah kita tunjuk pandai cerita asal usul dia hehe.