Nobita Tokyo Cake – Cake Masa Depan Paling Gebu

You are currently viewing Nobita Tokyo Cake – Cake Masa Depan Paling Gebu

Korang dah lunch ke tu dan tak tahu nak makan dessert apa? Jangan risau! Harini min nak review satu kedai kek yang comel je dan paling penting sodapp! Nobita Tokyo Cake ni menjual kek mini yang lembut gebu dengan pelbagai perisa menarik, haa Nobita kawan Doraemon ke yang jual cake masa depan ni gais? Ok, jom ikut min siasat!

Sumber:nobitatokyocake/instagram

Nobita Tokyo Cake ada dua lokasi iaitu di D’laman Impian Foodcourt Seksyen 19 Shah Alam dan N9 Foodcourt, Kajang. Speciality mereka adalah kek mini yang lebih kurang pancake tapi gebu, jiggly dan lembut sangat. Datang dengan pelbagai topping atau perisa yang menyelerakan tau. Sesuai sangat la bagi yang suka makan manis dan nak rasa banyak perisa dalam satu masa.

Sumber:nobitatokyocake/instagram

Antara perisa yang bestseller mereka adalah Creme Brulee, Tiramisu, Cheesy dan Oreo. Yang menariknya kebanyakan review yang min jumpa semua cakap kek dia gebu macam gigit awan gais! Aih, betul ke ni? Min tak boleh la dengar macam ni mesti teringin nak cuba! Apa kata korang tolong beli dan makan pastu review untuk min? Jangan lupa try okay!

Sumber:nobitatokyocake/instagram

📍Location:

Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19,

D’Laman foodcourt,

40000 Shah Alam, Selangor

Phone: 013-4110335

TikTok: https://www.tiktok.com/@nobitatokyocake?_t=8XYk5u0cNAg&_r=1

Instagram: https://instagram.com/nobitatokyocake?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Comments