Laksa Dari Pedagang Cina? Asal Usul Sebenar Laksa

You are currently viewing Laksa Dari Pedagang Cina? Asal Usul Sebenar Laksa

Daripada aromanya yang menyelerakan sehinggalah dengan rasa dan teksturnya yang kaya, tidak hairanlah laksa adalah antara hidangan yang paling digemari di Asia Tenggara. Bukan sahaja di cari di Malaysia, malah di Singapura, Australia, Indonesia juga laksa sering dicari oleh penggemarnya. Chef bertaraf lagenda dunia, Anthony Bourdain juga pernah menobatkan laksa sebagai makanan paling sedap dan luar biasa didunia.

Laksa kegemaran ramai. Sumber: Google

Dekat Malaysia ni kita ada berbagai jenis laksa yang berbeza mengikut daerah kan? Ada Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Terengganu, Laksa Sarawak, Laksa Kedah, Laksa Nyonya, Laksam dan banyak lagi lah. Dekat Malaysia ni, laksa dah boleh dikira sebgai makanan tradisional orang Melayu. Tetapi, betulkah laksa ni asalnya memang ciptaan air tangan orang Melayu? Jadi Min pun buatlah research sikit pasal laksa ni dan ini Min cerita apa yang Min jumpa tau!

Penjual laksa di Singapura pada tahun 1950. Sumber: National Archive of Singapore

Mengikut beberapa sumber, laksa dikatakan muncul pada abad ke -15. Waktu itu China datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan mengunjungi penduduk kat situ. Nak dijadikan cerita, beberapa orang Cina ni jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita-wanita Melayu. Perkahwinan antara orang Cina dan Melayu telah mewujudkan satu komuniti baru ketika itu yang dikenali sebagai Peranakan.

Tanah Melayu pada 1965. Sumber: Google

Para isteri pedagang Cina ini juga suka bereksperimen dalam masakan mereka dan menggabung beberapa elemen masakan Melayu dan Cina, lalu terciptalah laksa yang sampai sekarang ramai orang suka! (Sumber: Kata Malaysia)

Asal usul nama “laksa” ni pun sebenarnya tidak jelas. Satu teori mengatakan ia datang dari perkataan Hindi/Parsi “lakhshah”, nama untuk jenis bihun yang digunakan dalam sup. Ada juga teori kata, “Lakhsah” mungkin berasal daripada Sanskrit yang bermaksud “seratus ribu”, merujuk kepada bahan yang digunakan untuk buat laksa. Teori yang lain juga kata bahawa “laksa” mungkin berasal daripada bahasa Kantonis “lɐ̀t sá”—“pasir pedas”—merujuk kepada udang kering yang dikisar yang digunakan dalam sup, yang memberikan laksa tekstur berpasir.

Laksa versi Terengganu. Sumber: resepichef.com

Menarik kan asal usul laksa ni? Malaysia memang kaya denga pelbagai jenis makanan tradisional yang lahir dari setiap negeri. Ada yang memang hasil ciptaan nenek moyang kita sendiri, ada juga yang datang dari pengaruh makanan luar. Namun, itulah yang membuatkan makanan-makanan di Malaysia ada keunikannya tersendiri tau!

Comments