Legenda Asal Usul Dan Kepelbagaian Nasi Biryani

You are currently viewing Legenda Asal Usul Dan Kepelbagaian Nasi Biryani

Nasi Biryani telah menjadi hidangan kegemaran ramai orang sejak berabad lamanya. Tetapi, tahukah anda perjalanan hidangan ini datang jauh dari Parsi? Mari kita sama sama belajar tentang sejarah Nasi Biryani.

Perkataan ‘Biryani’ ini berasal daripada perkataan Parsi ‘Birian’, yang bermaksud ‘goreng sebelum dimasak’ dan ‘Birinj’, iaitu perkataan Parsi untuk nasi. Yang menariknya, terdapat pelbagai teori berkaitan asal usul hidangan lazat ini. Tetapi ramai ahli sejarah percaya bahawa biryani berasal dari Parsi dan dibawa ke India oleh Mughal. Biryani dikembangkan lagi di dapur diraja Mughal. (Sumber: news18.com)

Shah Jahan dan Mumtaz. Sumber: google

Teori asal usul Nasi Biryani ini banyak tau tetapi antara yang popular adalah kisah yang berkaitan Mumtaz Mahal. Mumtaz ialah isteri kepada Shah Jahan dan ia dipercayai bahawa Mumtaz meminta chefnya menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para askar Mughal. Hidangan yang disiapkan haruslah seimbang dengan daging dan nasi yang kaya dengan rempagh ratus dan dimasak di atas kayu api. Lalu terhasillah Nasi Biryani yang kaya dengan rasa.

Nasi Biryani asli. Sumber: indiacurrents.com

Legenda lain menyatakan bahawa Biryani telah dibawa ke India oleh penakluk Turk-Mongol, Taimur, pada tahun 1398. Malah, Nizams of Hyderabad dan Nawabs of Lucknow terkenal kerana menghargai makanan istimewa ini. Dari situ lah Nasi Biryani terus mengembara ke pelusuk dunia dan sekarang ia antara hidangan yang terkenal di kalangan penggemar makanan sehingga dah dijual di kedai-kedai mamak di Malaysia ni. 

Walaupun kita biasa makan Nasi Biryani ni tetapi kalau diminta untuk senaraikan jenis Nasi Biryani yang kita tahu mesti fail kan? Ya, sebenarnya terlampau banyak jenis Nasi Biryani dari zaman dulu tau. Kebanyakan nama yang berbeza kerana cara penyediaan dan bahan yang digunakan sahaja. Selain itu, setiap jenis nasi Biryani ini datang dari bahagian yang berlainan di India.

Antara jenis Biryani ialah seperti:

  1. Mughlai Biryani
Sumber: vegveganmeat.com

Maharaja Mughal sangat menyukai pengalaman menjamu selera yang mewah dan beliau menghargai seni memasak. Mughlai Biryani tradisional mempunyai ketulan daging yang dimasak sempurna dengan nasi wangi kewra. Aroma biryani ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja lapar serta-merta tau.

2. Lucknow Biryani

Sumber: Recipesaresimple.com

Biryani dari Lucknow dikenali sebagai ‘pukki’ Biryani. Dalam gaya ‘pukki’, daging dan nasi dimasak secara berasingan kemudian dilapisi dalam bekas tembaga. Biryani ini juga dikenali sebagai Awadhi Biryani, masakan ini banyak dipengaruhi oleh Nawab Awadh, yang berasal dari Parsi.

3. Kolkata Biryani

Sumber: Bongmom’scookbook.com

Selepas dilarang oleh pihak British, Nawab Wajid Ali Shah katanya mencipta semula Biryani di bandar Calcutta. Oleh kerana mereka tidak mampu membeli daging, tukang masak tempatan menggantikan daging dengan kentang perang keemasan yang dimasak dengan sempurna. Kalau sekarang kebanyakkan akan makan Biryani ni bersama telur rebus.

4. Bombay Biryani

Sumber: Bakespace.com

Pedas dan menyelerakan, Bombay Biryani adalah perisa yang boleh buat kita meleleh ya. Penggunaan buah plum kering dan air kewra memberikan sedikit rasa manis. Menarik, kan?

5. Thalassery Biryani

Sumber: Recipesaresimple.com

Ada rasa manis dan masam, Thalassery Biryani ialah salah satu Biryani yang paling digemari di India. Kepak ayam yang lembut, rempah Malabar yang lembut dan nasi kaima digunakan untuk memasak Biryani ini.

Banyak tau jenis Biryani dari India, ini Min cuma listkan yang popular dan kerap dimakan sahaja. Biryani mana satu yang dihidangkan di restoran-restoran India di Malaysia ni ya, cuba teka.

Comments