The Food Merchant, Satu-Satunya Pasaraya Yang Menyediakan Perkhidmatan Troli Valet di Malaysia

You are currently viewing The Food Merchant, Satu-Satunya Pasaraya Yang Menyediakan Perkhidmatan Troli Valet di Malaysia

Pernah tak korang pergi mana-mana pasaraya yang menyediakan perkhidmatan troli valet? Tak pernah kan? Tapi korang tahu tak troli valet tu apa? Troli valet adalah dimana mereka akan membantu pembeli dengan menolak troli mereka ke arah kenderaan pembeli selepas pembayaran dilakukan dan seterusnya membantu pembeli untuk memuat masuk barangan beli-belah mereka ke dalam kenderaan yang dibawa. Menarik bukan?

The Food Merchant adalah satu-satunya pasaraya yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Oleh kerana itu, The Food Merchant telah dinobatkan sebagai pasaraya pertama yang menyediakan perkhidmatan troli valet di dalam Malaysian Book of Records.

Press Conference bersama The Food Merchant
Sambutan tahun pertama The Food Merchant. Sumber: The Food Merchant

The Food Merchant dibuka setiap hari dan menawarkan rangkaian produk makanan tempatan dan antarabangsa serta barangan runcit yang memenuhi keperluan harian korang.

Selain itu, The Food Merchant juga ada menyediakan ‘check-in services’ troli dimana pembeli boleh meninggalkan barangan beli-belah mereka kepada pasukan Merchant Care dengan selamat sambil menikmati makanan yang lazat di stor F&B yang disediakan tanpa perlu bersusah payah membawa barangan beli-belah yang banyak kemana sahaja.

The Food Merchant mempunyai aplikasi yang boleh didapati di playstore atau app store di smartphone korang. Untuk meraikan ulang tahun pertama mereka, The Food Merchant menawarkan promosi menarik, seperti 5 kali mata Happy Hours, beg eko dan beg penyejuk percuma apabila membeli belah di The Food Merchant.

Press Conference bersama The Food Merchant
The Food Merchant dinobatkan sebagai pasaraya pertama yang menyediakan perkhidmatan troli valet. Sumber: The Food Merchant

Korang boleh sertai peraduan yang dilansungkan di Instagram mereka @thefoodmerchant.my atau di Facebook The Food Merchant untuk menangi hadiah menarik. Untuk yang berdekatan, korang boleh terus ke cawangan The Food Merchant iaitu di Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Embassy, Jalan Ampang kerana kedua-dua cawangan ini mempunyai promosi yang berterusan seperti makanan percuma, pencuci mulut, minuman serta baucer wang tunai apabila korang berbelanja di The Food Merchant dengan menggunakan kad HSBC.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sebarang informasi tentang The Food Merchant, korang boleh layari laman web mereka www.thefoodmerchant.com.my.

Comments