So Dim Sum : Layaran Laluan Sutera dengan Cita Rasa Asia 

You are currently viewing So Dim Sum : Layaran Laluan Sutera dengan Cita Rasa Asia 

Min yakin mesti ramai yang tak tahu asal usul dim sum kan sebab ramai dekat Malaysia ni pandai makan je (gurau hehe). Untuk pengetahuan semua, Dimsum merupakan salah satu menu tradisional yang berasal dari Laluan Sutera; salah satu laluan perdagangan yang terkenal pada era Dinasti Han. 

Antara variasi menu yang ada.

Nama snek yang kecil molek ini sebenarnya berasal daripada bahasa Kantonis yang membawa makna makanan kecil; sesuai sangat laa nama Dimsum ini dengan saiznya. Selain digelar dimsum, snek ini juga memiliki nama lain dalam bahasa Mandarin; Dianxin yang membawa makna ‘sedikit dari hati’ atau dalam erti kata lain, ‘menyentuh hatimu’.

Min tahu dan faham mesti ramai yang teringin nak makan dim sum ni kan? Tapi mesti rasa takut dan syubhah dengan ramuan yang digunakan? Chop! Hari ini Min nak share dengan korang semua, satu kedai Dimsum yang halal dan hanya menggunakan bahan berkualiti premium saja tau, iaitu Restoran So Dim Sum yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam.

 Di So Dim Sum, terdapat lebih daripada 30 jenis dimsum dan variasi menu pilihan yang berbeza selain daripada dimsum. Majoriti menu yang ditawarkan di sini telah diolah semula agar sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia yang gemar dengan rasa pedas dan makanan bergoreng.

Seleksi menu yang pelbagai telah buat Min rambang mata dan tak tau nak pilih yang mana. Korang nak tahu tak Min makan apa dan review Min? Kalau nak tahu, korang boleh tengok video review jujur daripada Min.

Comments