Nasi Minyak Orang Kahwin Rasa Tulen!

You are currently viewing Nasi Minyak Orang Kahwin Rasa Tulen!

Orang Melayu kita biasanya suka hidangkan nasi minyak kepada para tetamu di kenduri, lagi-lagi kenduri kahwin. 

Ia sudah menjadi tradisi untuk nasi minyak menjadi menu utama di kenduri kahwin.

nasi minyak kenduri kahwin

Nasi minyak boleh dihidangkan bersama gulai ayam, ayam masak merah, kari ayam dan pelbagai lagi lauk pauk. Ia juga lebih sedap dimakan bersama acur timun.

Bahan-bahan untuk membuat nasi minyak:

  • Beras
  • Bunga lawang, kayu manis, cengkih (rempah 3 beradik)
  • Planta margarine 
  • Susu cair
  • Juice Sunquick
  • Daun pandan

Cara-cara:

  1. Cuci 6 cawan beras, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi dan letak di tepi.
  2. Masukkan 3 sudu besar Planta margarine di atas kuali dan panaskan.
  3. Masukkan bunga lawang, kayu manis, cengkih dan daun panas, kemudian tumis.
  4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi.
  5. Tuangkan 1 cawan susu cair.
  6. Kemudian, masukkan 1 sudu besar juice Sunquick. 
  7. Masukkan air mengikut sukatan beras, kemudian masak nasi seperti biasa.
nasi minyak

Terdapat banyak restoran dan gerai yang menerima tempahan untuk nasi minyak.

Di Instagram, @selerawarisantimur_ menjual nasi minyak dan juga nasi dagang diikuti juga dengan lauk pauk. 

instagram screenshot

Salah satu menu untuk nasi minyak ialah gulai ayam, acar timun, sambal belacan dan bawang goreng.

nasi minyak selerawarisantimur_

Macam-macam lagi menu yang boleh didapati di @selerawarisantimur_.

Lihat video ringkas nasi minyak dari @selerawarisantimur_ di Instagram Purple Durian!

Comments