Expo iFood Akan Berlangsung Di Pavilion Bukit Jalil Pada 9 Hingga 11 Disember Ini!

You are currently viewing Expo iFood Akan Berlangsung Di Pavilion Bukit Jalil Pada 9 Hingga 11 Disember Ini!

Expo ifood, buat julung kalinya akan diadakan pada 9 hingga 11 Disember ini di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Expo makanan terbesar ini bertujuan untuk menawarkan sekaligus mempromosikan makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan untuk para pelanggan. Selain daripada itu, para pelanggan berpeluang menikmati aneka juadah makanan dan minuman tempatan kita. Tidak mengira latar belakang kaum, terdapat juga makanan-makanan dan minuman-minuman tradisi lain untuk pelbagai bangsa di Malaysia.

Pelbagai jenama makanan dan minuman seperti snek, susu, buah-buahan, daging, sayur-sayuran, kopi, teh, makanan tambahan dan lain-lain lagi juga turut dipasarkan untuk para pengguna.

Expo ini juga turut bertujuan memberi kesedaran untuk kita mengenali pelbagai jenis masakan dan minuman termasuklah hidangan-hidangan barat yang menjadi makanan kegemaran untuk pelancong luar negara. Ada juga rakyat tempatan yang meminati hidangan-hidangan seperti ini. Jenama-jenama terkemuka makanan, minuman dan suplemen tambahan juga dipasarkan di expo terbesar ini. Tidak heranlah kalau expo makanan terbesar Malaysia ini akan dikunjungi oleh ramai pelanggan dari serata negara kerana promosinya yang cukup hebat!

Booth di Expo iFood
Antara booth yang terdapat di Expo iFood tak lama lagi

Dengan harga dan promosi yang menarik, diharapkan expo ini dapat memberi peluang untuk para pengunjung atau peniaga kecil untuk membeli produk-produk secara borong. Antara jenama terkenal yang akan terlibat dalam expo terbesar Malaysia ini adalah Brands, Lava Bites, Ibumie dan mak-ku. Para wakil jenama-jenama terlibat akan mempromosikan barang-barang mereka untuk para pengunjung membeli dengan harga yang berpatutan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk melihat penyediaan makanan dan minuman oleh chef-chef yang juga berbilang bangsa dan kaum dan, juga dari luar negara yang hebat, dengan kesenian masing-masing. Rugi rasanya jika tidak datang singgah ke expo terbesar Malaysia ini kerana pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan untuk para pengunjung.

Makanan di Expo iFood
Pelbagai jenis makanan ada di Expo iFood nanti

Tidak lupa juga makanan-makanan organik yang sihat, boleh didapati di expo ini. Pendek kata, pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh kita beli dengan harga promosi dan mampu milik. Jom pergi ke Expo ifood!

Expo iFood, 9 – 11 Disember 2022

Entrance Fee: Free

Masa: 10AM – 10PM

📍 Location

Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Nombor Telefon: +603-91345145

Nombor Whatsapp: +6012-2535145

Website: https://www.ifoodexpo.com.my/

Alamat E-mel: ifoodexpo@ifexhibitions.com

Comments