Raikan Hari Aiskrim Sedunia bersama Pavilion Bukit Jalil

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Raikan Hari Aiskrim Sedunia bersama Pavilion Bukit Jalil

Korang tahu tak pemanis mulut kegemaran semua, aiskrim pun ada hari ulang tahun tau! Bersempena dengan Hari Aiskrim Sedunia yang bakal menjelang tak lama lagi, Pavilion Bukit Jalil ingin meraikannya bersama semua warga tempatan dan pelancong untuk berkongsi pengalaman momen indah semanis ais krim dengan menikmati pelbagai perisa serta jenis ais krim di Pavilion Bukit Jalil. Jom kita tengok aiskrim apa yang dekat sana?

1. Inside Scoop

Nama Inside Scoop sudah tak asing lagi dalam kalangan warga tempatan. Jenama yang dibangunkan sendiri oleh anak muda ini kerana sedar akan jurang yang besar mengenai rasa tempatan dalam pasaran aiskrim premium, Edmund Tan dan pasangannya Lim Shiew Lim – pengasas Inside Scoop ini hadir dengan idea untuk mengkomersialkan variasi rasa tempatan ke pasaran aiskrim premium. Inside Scoop kini kembali dengan perisa yang limited edition handcrafted aiskrim Durian D24 & Musang King. Maklumlah sekarangkan musim durian, jadi kalau anda peminat durian yang tegar memang wajib cuba aiskrim Musang King daripada Inside Scoop ni! Rasa Musang King & D24 very rich & creamy tau. Korang bolej dapatkan aiskrim durian ni sehingga 31 Julai 2022.

2. Yam Fresh

Min faham semua peringkat umur mesti suka aiskrim kan? Tapi tak semua orang minat rasa aiskrim yang baru dan unik jadi ni Min nak kongsi dengan semua, pencuci mulut dan manisan Taiwan yang hanya menggunakan bahan-bahan segar dan premium sahaja. Yam Fresh terkenal dengan rangkaian variasi ais kisar yang menjadi kegemaran orang ramai terutamanya warga yang lebih berumur. Menawarkan tujuh pilihan perisa asas  iaitu, Jeli Herba, Kacang Soya, Matcha, Kelapa, Teh Susu, Coklat dan Mangga, pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan pencuci mulut ini mengikut cita rasa anda sendiri. Jika inginkan rasa yang klasik, pelanggan boleh memilih Cendol Coconut Ice atau Signature Grass Jelly Ice.

3. Baskin Robbins

Baskin-Robbins telah menjadi jenama yang tidak asing bagi setiap isi rumah Malaysia – terkenal dengan kepelbagaiannya yang menawarkan 31 perisa aiskrim untuk dipilih. Perisa yang mesti dicuba termasuk Kek Keju Strawberi dan Jamoca Almond Fudge. Susu kocak aiskrim yang popular termasuk Coklat Klasik, Sangat Berry Strawberi, dan Cip Coklat Pudina. Bersempena Hari Merdeka yang semakin menghampiri, Baskin-Robbins bakal melancarkan satu lagi menu milkshakes edisi khas, Cendol Blast Ice Cream Milkshake akan datang Ogos ini. Jika anda penggemar cendol, ais krim fanatik atau kedua-duanya, anda wajib cuba pencuci mulut ini!

4. Rollney

Manjakan diri dengan aiskrim kayangan Kürtöskalács yang segar, ringan dan gebu di Rollney. Manisan pencuci mulut yag Berasal dari Hungary, Kürtöskalács berbentuk silinder, pastri manis ini merupakan pencuci mulut rasmi negara Hungary. Mendapat inspirasi semasa bercuti di sana, pengasas Rollney tekad untuk membawa kelainan dengan menggabungkan dua pencuci mulut  – aiskrim dan pastri menjadi satu pencuci mulut yang baru, kini semua warga tempatan boleh merasai sendiri. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin padankan pastri tersebut dengan aiskrim coklat atau vanila mengikut cita rasa pilihan anda. 

5. Oat Story

Anda pencinta aiskrim tapi tak boleh nak hadam gula yang ada dalam susu biasa (lactose intolerant) ? Jangan bimbang! Masih ada pilihan untuk nikmati dan raikan Hari Aiskrim Sedunia dengan dapatkan Aiskrim di Oat Story. Membawa kelainan, Oat Story jenama pertama di Malaysia yang menawarkan manisan dan pencuci mulut yang Vegan friendly dengan menggunakan susu oat sebagai sumber utama dalam menu mereka. Selain daripada aiskrim Susu Oat, pelbagai menu lain seperti Bubble Oat Milk Tea dan Oatsome Pudding turut boleh didapatkan di Oat Story.

Comments