Cakoi Gebu dan Sedap di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras!

You are currently viewing Cakoi Gebu dan Sedap di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras!

First time nampak ada cakoi kat area Cheras ni, memang tertarik la kan nak berhenti kat tepi. Kawan-kawan pun pernah suggest untuk try sendiri makan cakoi cinnamon kat sini. Jarang-jarang kan nak dapat cakoi cinnamon? Kalau teringin nak try, korang boleh pergi ke TEPUNG. Bersebelahan je dengan Safroj Coffee.

Warung kecil di BTHO.

Kat sini, cakoi digoreng dengan saiz yang besar, yang pasti lebih sedap lagi dimakan ketika cakoi ni masih panas. Lagi satu, cakoi ni sedap je tau kalau makan macamtu je. Tapi kalau makan dan cicah bersama sos yang mereka offer ni tau. Confirm tak menyesal beli!

Dengan harga yang sangat berpatutan dari RM4 sehingga RM6, korang boleh dapat 5 cakoi untuk korang nikmati. Makan masa panas-panas memang korang akan rasa nak tambah lagi!

Cakoi panas

Haritu kami try Cakoi Cinnamon Caramel kat sini. Memang berbaloi sangat untuk korang try. Cakoi semua besar-besar dan gebu, ditambah dengan kemanisan caramel tu memang tak cukup lah orang kata.

Nak tengok tak menu apa yang ada kat sini? Senang untuk korang plan nak makan apa masa singgah ke warung ni!

Pau goreng kacang pun ada tau!
Cakoi Cinnamon with Caramel

Amacam korang tertarik tak nak try cakoi yang gebu dan sedap kat BTHO ni? Rugi tau kalau tak cuba!

Lokasi📍

Cakoi . Youtiao, TEPUNG

Jalan Suadamai 6/2,

Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor

Google Maps: Cakoi . Youtiao