Resepi Viral Cakoi Dimodernkan Untuk Menambahkan Rasa ‘Crispy’?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Resepi Viral Cakoi Dimodernkan Untuk Menambahkan Rasa ‘Crispy’?

Cakoi… Cakoi…

Pergilah ke mana-mana pasar malam di seluruh Malaysia, takkan terlepas cakoi dari pandangan!

Rakyat Malaysia amat gemar menjual, membuat, dan juga menikmati cakoi.

Kepada sesiapa yang tak tahu… Cakoi merupakan adunan yang dibentuk menjadi bentuk yang boleh di koyak memanjang menjadi dua, kemudian di goreng hingga warna keemasan dan mempunyai rasa masin-masin manis.

cakoi

Tapi, zaman pun semakin maju… 

Resepi-resepi masakan tradisional kini juga sudah berkembang.

Kini, cakoi yang rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam sudah menjadi kegilaan orang ramai!

Jangan risau! Resepi untuk cakoi yang rangup ini masih sama, hanya cara yang berbeza dan lebih teliti.

Resepi Cakoi Crispy

Bahan-bahan:

  • 250g tepung gandum 
  • 140ml air dan 1 biji telur
  • 1/2 paket yis 
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 2 sudu gula
  • 1 1/2 sudu minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Satukan tepung, ragi, serbuk penaik, minyak, gula dan garam dalam bekas besar. Gaul rata dan pastikan semua bahan sebati.
  2. Masukkan campuran air & telur sedikit demi sedikit ke dalam bekas besar. Uli adunan doh tersebut sehingga ia tidak melekat pada jari. Kacau lama-lama sehingga menjadi lembut.
  3. Kemudian, gulungkan adunan doh memanjang setebal 1 cm. Potong kecil-kecil secara melintang. Basahkan bahagian tengah jalur doh dan tempelkan dua bahagian bersama.
  4. Biarkan doh tersebut berehat sehingga saiznya berganda.
  5. Panaskan sedikit minyak di atas api sederhana. Untuk menggoreng, tarik doh secara memanjang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak yang panas.
  6. Goreng hingga adunan tersebut berwarna perang keemasan. Kemudian, angkat dan biarkan sejuk.

Senang je kan?

Kemudian, korang boleh hidang cakoi yang panas-panas baru lepas goreng tu dengan tak lain, tak bukan…

Kaya!

kaya

Cakoi lagi dikenali dan digemari kalau dihidangkan dengan kaya pandan!

Resepi untuk buat kaya pandan pun mudah!

Resepi Kaya Pandan

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 sudu tepung kastard
  • 1 cawan susu segar atau santan
  • 3 sudu susu pekat manis atau gula
  • Sedikit pes pandan atau air pandan

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
  2. Terus kacau perlahan hingga pekat sedikit, kemudian biarkan sejuk.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama cakoi!
cakoi kaya pandan

Sesuai untuk hidangan waktu tengah hari bersama-sama keluarga di rumah, lagi-lagi dalam situasi yang sukar ini.

Duduk rumah dan enjoy makan cakoi homemade bersama kaya pandan homemade!

Comments