Pisang Dalam Popia Dengan Topping Yang Menyelerakan!

You are currently viewing Pisang Dalam Popia Dengan Topping Yang Menyelerakan!

Siapa pernah try popia pisang? Selalu orang makan popia yang ada sambal tu je kan? Kalini kami nak bawa korang try makan popia pisang pulak. Popia pisang ni sama je tau dengan popia biasa yang korang makan tu, cuma dalam dia mereka letak pisang tau! Memang rasa betul manis dari pisang. 

Inilah warungnya! Popia Pisang BGU

Makan panas-panas memang tak cukup satu. Ditambah pula dengan topping yang menarik. Menu ni merupakan resepi pencuci mulut yang sangat sesuai dihidangkan di dalam hidangan minum petang.

Digoreng sehingga golden brown.

Lepas dah masak popia dengan pisang tu, korang boleh pilih tau korang nak topping macam mana. Nutella ada, Oreo ada, ChipsMore ada, macam-macam lah. Mesti ada yang memikat selera korang kan. Sudahlah murah, besar-besar pula tu popia pisang ni.

Banyak betul topping yang diletak.
Menyelerakan betul kan?

Korang tunggu apa lagi? Port lepak ni bersebelahan tau dengan Safroj Coffee dan Cakoi TEPUNG tu! Memang ngam la kalau korang taktahu nak lepak mana tapi nak makan sedap. Semua korang boleh try dalam satu masa. Confirm tak rugi!

📍Popia Pisang BGU

Jalan Suadamai 6/2,

Bandar Tun Hussein Onn,

43200 Cheras, Selangor

Google Maps: Popia Pisang BGU

Comments