Cafe Salim – Sarapan Mewah Western di Warung

You are currently viewing Cafe Salim – Sarapan Mewah Western di Warung

Tiba je hujung minggu mesti ramai yang cari tempat sarapan untuk keluar makan bersama kawan-kawan atau keluarga, kan? Kadang-kadang dah bosan dengan sarapan pagi lokal macam roti canai, nasi lemak dan sebagainya mesti nak kelainan sikit betul tak? Cafe Salim menawarkan pelbagai jenis sarapan pagi dari western atau English breakfast hingga ke sarapan lokal. Jom ikut min!

Cafe Salim di Meru. Sumber: Google

Cafe Salim berlokasi di Meru, Klang dan beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari 7 pagi sehingga 11 pagi. Korang boleh waze sahaja nama kedai ni, senang je tau nak jumpa. Kalau korang nak tahu, Cafe Salim ni agak popular tau di TikTok, haa so expect la untuk beratur kat sini kalau weekend. Menu kat sini banyak tau tapi yang paling popular adalah English breakfast diorang, portion besar dan yang paling penting memang harga warung gais!

Menu. Sumber: Google

Antara menu popular disini dan beberapa review orang ramai:

Classic Breakfast (RM12)

“Jarang betul nak jumpa breakfast mat salleh penuh pinggan macam ni dengan harga tak sampai RM15! Sedap pula tu, saya approve!”

Sumber: cafesalim/instagram

Breakfast Steak (RM30)

“Love this one, nice food big portion can fill you up until afternoon. All good for a warung breakfast place, please try the mushroom soup!”

Sumber: cafesalim/instagram

French Toast (RM8)

“Order ni saja-saja lepas pekena steak, okay lah untuk cuci mulut. Murah pun murah dahlah banyak buah dia kasi. The best!!!”

Sumber: cafesalim/instagram

Haa, kan min dah cakap kat sini memang harga warung betul-betul, murah kan? Dahlah makanan level-level hotel korang, kelas betholll! Sila la datang sendiri ke Cafe Salim untuk cuba sendiri breakfast hotel di kampung. Jom support bisnes warung sama-sama!

📍Location:

4819, Jalan Cempaka,

Meru, 41050 Klang, Selangor

Phone: 011-11202355

TikTok: https://www.tiktok.com/@cafesalim?_t=8XXDzvyBWQk&_r=1

Instagram: https://instagram.com/cafesalim?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Comments