Port Nasi Lemak Paling Best di Johor Semestinya Nasi Lemak Malam Jumaat

You are currently viewing Port Nasi Lemak Paling Best di Johor Semestinya Nasi Lemak Malam Jumaat

Ada orang Johor ke kat sini? Haaa meh sini kumpul ramai ramai, min ada nak share satu port untuk makan nasi lemak paling best kat area Johor ni. Nama kedainya adalah Nasi Lemak Malam Jumaat.

Nasi Lemak Malam Jumaat bertapak di Lorong Belakang Okid Kopitiam di Kota Tinggi, Johor. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Kedai diorang ni berkonsepkan open space tau, macam kat Nasi Kahwin Hari Hari yang viral kat TikTok tu haa tapi ni versi di Johor. Tapi kalau hujan diorang ada sediakan juga tempat makan berbumbung dalam kedai.

Kedai Nasi Lemak Malam Jumaat
Kedai mereka yang sentiasa dipenuhi pelanggan. Sumber: Nasi Lemak Malam Jumaa/ Facebook

Sementara itu, kot ada orang Selangor yang tengah baca ni tapi nak cari nasi lemak yang best juga, korang boleh singgah ke OG Street Kitchen di The Port, Damansara. Boleh baca review min kat sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/og-street-kitchen-nasi-lemak-dengan-lauk-extra/

Makanan kat sini pula semestinya lah nasi lemak kan kalau nama pun nasi lemak. Tapi lauk lauk yang diorang sediakan ni paling best. Jom tengok menu apa yang ada di sini.

Menu

1. Sotong Montel Jahat (RM20 – RM30)

Sotong Montel Jahat
Sotong Montel Jahat

Nama pun sotong montel, memang besar habis wey. Dengan sambal dia yang padu, menjilat jari lah orang kata.

2. Ayam Goreng Horlicks (RM8 – RM10)

Ayam Goreng Horlicks
Ayam Goreng Horlicks

Pernah dengar tak ayam goreng Horlicks? Haaa korang boleh order yang ni sebab memang lain dari yang lain, tapi rangup itu mestilah kalau makan panas panas.

3. Udang Sambal Petai (RM20 – RM28)

Udang Sambal Petai
Udang Sambal Petai

Udang sambal petai ni pula memang tak lari sambal dia, dapat pula dengan petai dia fuhh memang surrr.

4. Sotong Sambal Petai (RM20 – RM28)

Sotong Sambal Petai
Sotong Sambal Petai

Dan yang terakhir sotong sambal petai, saiz pun lebih kurang je dengan sotong montel jahat tapi dia dah potong siap siap dihidangkan dengan sambal petai.

Review

Orang Kota Tinggi mesti kenal punya lah tempat ni sebab memang tiap hari beratur panjang. Min tengok review kat TikTok pun ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata nak cuba diorang punya nasi lemak ni. Harga pun min nak kata mahal pun tak, nak kata tak mahal pun tak. Kena lah dengan saiz sotong, ayam dan udang yang diorang sediakan tu. Korang yang tak pernah singgah tu jangan lupa singgah ya! Ohh btw alang alang tengah cerita tentang nasi lemak ni, korang boleh baca  asal usul nasi lemak juga tau haaa. Jom baca di sini; https://purpledurian.my/makan/tradisional/sejarah-disebalik-makanan-kebangsaan-malaysia-nasi-lemak/

Location

📍Nasi Lemak Malam Jumaat

Lorong Belakang, Jalan Jaafar, 81900 Kota Tinggi, Johor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/iRDgy1CaV7bgcsh28

📞Phone: 014 226 4525

📲Instagram: https://www.instagram.com/nasilemakmalamjumaat/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/nasilemakmalamjumaat

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@nasilemakmalamjumaat?lang=en