Terbang Jauh dari Korea kini tiba di Malaysia – Madam Croffle!

You are currently viewing Terbang Jauh dari Korea kini tiba di Malaysia – Madam Croffle!

Siapa je yang dekat sini yang belum pernah rasa pastri Croffle yang tengah viral sekarang ni kan? Buat pengetahuan semua Croffle adalah doh Croissant yang dimasak menggunakan Waffle Maker, maka terhasillah sejenis pastri baharu yang digelar Croffle. Croissant + Waffle = Croffle! Cute kan nama dia? Sama padan dengan rupa dan saiz dia yang comel.

Pastri Croffle ini mula popular dan hype di Korea dan melihat peluang yang ada di Malaysia di mana rata-ratanya memang gemar dengan pastri dan dessert yang cute, Miss Han Soo Rin mula merebut peluang ini dengan melancarkan jenama pertama yang memperkenalkan Croffle di Malaysia – Madam Croffle.

Mesti ramai pernah dengarkan jenama terkenal Madam Croffle ini kan?

Melancarkan pop-up booth yang pertama Madam Croffle di MyTown Cheras, tidak dapat dinafikan dalam tempoh singkat jenama ini sudah tidak asing dalam kalangan rakyat tempatan dan di semua platform media sosial. Benda dah viral, jadi Min pun mestilah kena cuba! Maaf ye Min cuba lambat sikit maklumlah orang jauh hihi

Buat pengetahuan semua, Madam Croffle menawarkan tiga jenis pilihan croffle serta tiga jenis promo set croffle bersama snowflake bingsu (korean ice shaved). Min berkesempatan untuk mencuba Original Madam Croffle dan Premium Madam Croffle, maklumlah Min kan suka topping jadi wajib laa pilih croffle yang paling banyak toppings. Lagi meriah, mestilah lagi sedap!

Mesti anda semua tertanyakan, sedap ke original croffle ? Maklumah takde any toppings kan. Tapi sejujurnya, Original Croffle ni melebihi expectations Min tau! Salutan gula di permukaan croffle sebelum dimasak, menghasilkan tekstur yang rangup di luar digabung pula dengan puff pastri croissant yang gebu di bahagian dalam, memang syok ah! Rasa dia crispy dan lemak manis gitu. Cuma bila dah sejuk, croffle tu jadi liat sikit disebabkan salutan gula tu. Jadi, kalau korang nak makan dekat rumah, korang boleh panas dulu untuk beberapa minit dalam microwave atau air fryer.

Kalau original croffle tanpa sebarang toppings pun dah sedap, inikan pula Premium Croffle dengan tiga pilihan toppings. Bagi premium croffle, Min ambil 2 premium croffle, maklum nak cuba pelbagai jenis gabungan toppings kan?Yang the first one, Min ambil toppings buah mangga, granola dan add on whipped cream. Gabungan toppings yang pertama ni Min suka sangat sebab gabungan buah mangga yang masam manis dengan granola yang rapuh, memang sedap dan balance out rasa manis croffle tu. Ditambah pula dengan whipped cream yang ringan rasanya, tak terlalu berlemak jadi buat addicted bila makan.

Untuk premium croffle yang kedua, Min pilih toppings sos lotus biscoff, buah strawberi dan marshmallow. Bagi gabungan toppings yang kedua ni, Min tak boleh nafikan agak manis gabungan ni tapi nasib baik ada strawberi yang masam so it balances out rasa manis biscoff tu ye. But, overall semua sedap sangat. Senang cerita, premium croffle ni akan jadi extra sedap kalau awak pandai mix and match toppings!

Selain daripada croffle, Madam Croffle turut menawarkan satu lagi dessert yang terkenal di Korea, Snowflake Bingsu dengan variasi perisa serta toppings yang boleh diubah suai mengikut selera anda. Antara perisa best sellers bagi Snowflake Bingsu adalah Durian, Taro, Teh Tarik dan Yogurt. Di mana ada durian, mestilah itu yang menjadi pilihan hati Min!

Terliur tak tengok croffle dan bingsu Min? Mesti anda semua pun terliur dan rambang mata dengan pelbagai pilihan dessert yang ditawarkan oleh Madam Croffle! Jadi tunggu apa lagi, jom serbu Madam Croffle hujung minggu ni.

Lokasi

Madam Croffle – MyTown

 B1-057, No.6 MyTown Shopping Centre, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala 

Madam Croffle – IOI City Mall 2

LGK-217 LG IOI City Mall 2 Lebuhraya Lembah Kelang Selatan LGK- IOI City Mall 62502 Putrajaya Putrajaya, Wilayah Persekutuan, 62502 Putrajaya