Icon Brewings – Syurga bagi Pencinta Pastri & Strudels

You are currently viewing Icon Brewings – Syurga bagi Pencinta Pastri & Strudels

Siapa sini penggemar strudel buah? Mesti ramaikan yang dekat sini jatuh hati dengan pastri yang berasal daripada Hungary ini. Strudel adalah sejenis pastri yang mempunyai banyak lapisan dengan inti yang kebiasaannya manis. Ia menjadi popular pada abad ke-18 di seluruh Empayar Habsburg. Strudel adalah sebahagian daripada masakan Austria tetapi juga biasa dalam masakan Eropah Tengah yang lain.

Walaupun strudel ni berasal daripada Hungary, anda semua masih boleh variasi strudel yang berkualiti tinggi dapatkan di Icon Brewings yang berlokasi di Taman Bukit Segar, Cheras.

Berkesempatan untuk merasai sendiri strudel yang viral baru baru ini, Min decided untuk cuba tiga jenis strudel daripada mereka; Banana Thai Milktea Strudel, Hojicha Strawberry Strudel dan Mango Strudel.

Terkenal dengan strudel yang rapuh dan airy, bila Min dapat cuba sendiri memang terus in love dengan tekstur strudel yang flaky dan ringan, dipadan pula dengan topping cream cheese bagi Hojicha Matcha Strudel dan Mango Strudel. 

Bagi Banana Thai Milktea Strudel, bila makan memang rasa lemak Thai Milk Tea dan karamel pisang grill bagi setiap gigitan . Pisang dengan taburan gula pula diletak sebagai topping bagi strudel ini, dibakar seketika terlebih dahulu untuk rasa creme brulee apabila makan.

Selain daripada pastri dan strudels, Min turut berkesempatan untuk cuba sendiri beberapa menu hidangan utama yang terkenal dekat sini, antaranya adalah Truffle Carbonara dan Salted Egg Chicken Indomie. Dengan portion yang besar dan rasa yang premium bagi kedua-dua hidangan jadi memang sangatlah berbaloi untuk anda semua datang ke sini untuk menjamu selera bersama keluarga serta rakan-rakan.

📍Lokasi : ICON BREWINGS, Taman Bukit Segar, Cheras

⏰ Waktu Operasi : 9 pagi sehingga 7 malam ( setiap hari )

Comments