Sekarang dah banyak makanan ‘hybrid’ yang dicipta dan memang dapat sambutan yang hangat dari orang ramai. Makanan ‘hybrid’ bermaksud makanan yang digabungkan macam Cronut ni yang menggabungkan dari bahan asasnya iaitu adunan Croissant. Walaupun dah jadi trend tetapi masih ramai taktahu apa Cronut ni dan siapa yang cipta, jadi min akan ceritakan kepada semua okay?
Pada Mei 2013, chef pastri kenamaan Dominique Ansel menciptakan Cronut yang merupakan gabungan croissant dan donut.
Dominique Ansel telah melakukan research tentang pastry yang akan jadi trend pada tahun 2013 dan kacukan donat-croissantnya telah tercatat dalam sejarah sebagai ciptaan yang mengagumkan. Pada tahun itu juga, orang sanggup beratur dua ke tiga jam di kedai beliau, ada berpuluh-puluh peniru resepi mula buat Cronut. Cronut menjadi pastri pencuci mulut pertama di dunia pasaran terutamanya di New York.
Selepas kejayaan Cronut, para chef pastri diseluruh belahan dunia berlumba-lumba mencipta jenis pastri baru yang diciptakan dari adunan croissant. Pada 2017, seorang chef pastri berasal dari Dublin di Irlandia bernama Louise Lennox menciptakan croffle.
Namun, berbanding Croffle yang cepat je viral, Cronut megambil masa yang lama sebelum ia trending sejak 2020 sehingga sekarang. Memang dah lama masuk pasaran Malaysia juga tetapi masih agak susah nak cari di cafe-cafe biasa melainkan kedai yang memang specialize buat pastri. Di negara seperti New York, London, Tokyo dan Paris memang senang sangat nak dapat pastri ni tau.