Kualiti atau Harga? Viral Oyster RM6

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Kualiti atau Harga? Viral Oyster RM6

Oyster adalah salah satu hidangan yang dianggap sebagai makanan laut yang istimewa dan mewah. Walaupun oyster ni mungkin bukan keluarga makanan laut yang paling mudah dan murah untuk dinikmati, ia masih menjadi hidangan yang dicari ramai penggemar makanan laut lagi lagi sekarang makan oyster ni dah macam trend tau! Nampak je orang jual oyster murah dan viral, memang netizen akan berkerumun kesana!

Oyster segar. Sumber: surfnbrew.com

Sejak kelmarin, tular di TikTok pasal sebuah gerai seafood yang menjual ‘Raw’ oyster semurah RM6! Dengan saiz oyster yang besar hampir sama saiz dengan muka dan harga pula murah dah berjaya membuatkan ramai penggemar oyster datang try! Mana taknya, oyster semurah RM6 tu memang mustahil nak dapat ditempat lain tau. Tetapi malangnya, seorang pengguna TikTok membuat video yang menunjukkan pengalaman mereka selepas makan oyster di gerai tersebut. 

Video ’Oyster RM6’ yang tular di TikTok.

Dapat dilihat dari video mereka yang kualiti ‘Raw’ oyster itu sangat meragukan kerana warnanya yang sedikit hitam dan gelap. Pemilik TikTok itu juga memaklumkan yang mereka terkena keracunan makanan selepas menikmati oyster kat gerai tersebut! Di ruang komen mereka pun ada suara netizen yang mengalami pengalaman yang sama. Bahaya betul kan?

Dah banyak gerai seafood jual ‘Raw’ oyster. Sumber: sariyusa.blogspot.com

Kalau korang nak tau oyster yang segar selalunya akan berwarna agak cerah dan baunya pun tak hanyir. Tambahan pula, oyster kalau nak dimakan dengan mentah memang kena pastikan ia betul-betul segar tau. Frozen oyster pula sangat tak digalakkan untuk makan mentah dan sebaliknya di’grill’. Nak rasa oyster mentah yang betul-betul segar ni lebih selamat kalau korang cari restoran yang specialized dalam makanan laut. Maklumlah, oyster ni makanan T20 yang available kat restoran have-have je tapi sejak dah jadi trend, gerai gerai dah banyak jual oyster. Pastikan kebersihan dan kesegaran oyster itu terjaga baru beli dan makan ya! Biarlah bayar mahal sedikit asalkan kesihatan terjaga, betul tak? 

Comments