Warung Pak Akob: Nasi Beriani Murah di Johor Bahru

You are currently viewing Warung Pak Akob: Nasi Beriani Murah di Johor Bahru

Nasi beriani kambing RM11 je? Biar betul? Iya, warung ini menjual nasi beriani kambing dengan harga yang sangat murah. Warung Pak Akob ini terletak di Kempas Denai, Johor Bahru dan menyajikan nasi beriani beraneka lauk telah menjadi tumpuan penggemar-penggemar nasi beriani untuk menjamu selera di sini. Aroma nasi beriani yang dihidangkan juga dapat menambah selera pelanggan untuk menjamu nasi beriani ini. Kalau korang nak buat katering pun boleh tau. Warung Pak Akob ini juga telah mendapat banyak review positif daripada pelanggan-pelanggan yang pernah makan di sini. Antaranya: https://www.instagram.com/reel/Cxrv4XUJ_AQ/?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==

Untuk mengetahui port makan nasi beriani yang sedap, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/kisah-nasi-briyani-yang-ramai-tak-tahu/

Menu

Nasi Beriani Kambing

Warung Pak Akob
Nasi Beriani Kambing (Instagram)

Nasi beriani kambing merupakan salah satu menu best seller di warung ini. Harganya yang berpatutan dan kuantiti makanan yang memuaskan dapat menarik perhatian penduduk sekitar Johor Bahru untuk mencubainya. SEKALI RASA PASTI NAK LAGI!

Pelbagai Aneka Lauk

Warung Pak Akob
Aneka Lauk (TikTok)

Selain kambing beriani, warung ini juga menyediakan pelbagai aneka lauk agar pelanggan boleh memilih menu lauk yang dapat memenuhi keinginan mereka seperti ayam masak merah, ayam beriani dan daging beriani. Pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada ingin makan nasi beriani ataupun nasi campur. Acar sayur dan papadom juga disediakan sebagai pelengkap hidangan. Jangan risau, harga makanan dekat sini semuanya berpatutan dan berbaloi. Air teh ais dia pun padu tau!

Secara kesimpulannya, nasi beriani di sini memang TIP TOP dan very recommended! Korang kena datang dan cuba sendiri terutamanya nasi beriani kambing. Harga pun berbaloi tau! RM11 je. Portion pun dahlah banyak. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Warung Pak Akob ni, korang boleh skrol ke bawah.

Untuk mengetahui tempat makan menarik di Johor Bahru, sila klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/nikmati-hangout-food-di-johor-bahru-di-the-replacement-lodge-kitchen/

Lokasi

📍Warung Pak Akob

18, JALAN DENAI 4, KEMPAS DENAI, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/7XcnFqBzbQjg1H8o7

⏰Waktu Operasi: 12pm – 4pm (ISNIN CUTI)

📲Instagram: https://instagram.com/pakakobberianikempas?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==

Article curated by Areisya Putri