Adabi Memperkenalkan Produk Baru Di Sempena Pesta Adabi Baru – Baru Ini

You are currently viewing Adabi Memperkenalkan Produk Baru Di Sempena Pesta Adabi Baru – Baru Ini

Pesta Adabi adalah majlis yang dianjurkan oleh Adabi sendiri baru-baru ini, bagi memperkenalkan 4 produk baharu yang bakal menemui pengguna di dalam masa yang terdekat. Di samping itu, Adabi juga meraikan ulang tahun ke-38 penubuhannya di pasaraya Mydin. Wakil Adabi, iaitu pengurus jenama dan promosi , Mohd. Kamarul Ariffin apabila ditemubual, berkata lebih 38 jenis produk dibawakan dengan harga yang istimewa sempena ulang tahun Adabi.

Selain daripada itu, 38 jenis produk tu bukan sahaja boleh didapati di pasaraya Mydin tetapi juga di pasaraya Aeon Big. Mohd. Kamarul Ariffin juga berkata antara produk baharu yang akan dipasarkan dalam masa 2 bulan lagi adalah perencah masak lemak cili padi, perencah masak merah, serbuk telur masin keemasan dan perencah sambal balado merah.   

Tambah wakil Adabi itu lagi, pesta tersebut diadakan buat julung kalinya selepas bertahun-tahun pandemik melanda negara kita, Malaysia. Pasaraya Mydin merupakan lokasi pertama untuk pesta seperti ini dalam masa endemik ini dan akan diadakan juga di lokasi-lokasi lain dalam masa yang terdekat.

Produk baru oleh Adabi dibawa masuk sempena Pesta Adabi
Antara produk baru oleh Adabi yang berada di Pesta Adabi

Pesta itu juga bertujuan untuk meraikan penguna-penguna Adabi yang masih setia dengan produk tersebut. Tawaran promosi serta pelbagai tawaran hadiah menarik juga menanti pengguna.

Mohd. Kamarul Ariffin juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengguna kerana tidak jemu memberi sokongan kepada Adabi. Turut hadir dalam majlis pelancaran pesta Adabi tersebut, adalah selebriti Fahrin Ahmad, serta pempengaruh Adabi iaitu Leezaramzi dan Yatie Kitchen.

Produk lain yang di jual di Pesta Adabi
Antara produk lain yang dijual di Pesta Adabi

Mohd. Kamarul Ariffin juga berkata sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna, pelbagai peraduan seperti beli dan menang, dimana pengguna membeli produk rangkaian Adabi bernilai RM 10 ke atas serta menyimpan resit tersebut untuk diimbas di media social Adabi. Dengan ini, pengguna berpeluang menangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM 30,000.Selain itu juga, pelanggan setia mungkin bertuah memenangi dua tiket ke konsert Gegar Vaganza dalam peraduan Kari Vaganza.

Comments