Kisah Nasi Briyani Yang Ramai Tak Tahu

You are currently viewing Kisah Nasi Briyani Yang Ramai Tak Tahu

Sebagai orang Malaysia, semua jenis nasi kita dah pernah cuba, betul tak?

Nasi goreng, nasi lemak, nasi kerabu, nasi kandar, nasi dagang, nasi briyani dan banyak lagi.

Korang tahu tak, setiap makanan ada kisah disebaliknya?

Jom kita mendalami lagi cerita tentang nasi briyani!

Nasi briyani merupakan hidangan nasi basmati yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. 

nasi briyani

Di Malaysia dan Indonesia, hidangan ini disebut dengan perkataan ‘nasi’ ditambah di depan. Jadilah nama ‘Nasi Briyani’

Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryān (بریان) yang bermaksudi goreng atau panggang.

Pada mulanya, pelancong dan pedagang Parsi lah yang memperkenalkan cara memasak briyani kepada orang India dan Pakistan yang kemudiannya tersebar ke Tanah Melayu.

Di Utara India, ia adalah satu tradisi yang dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan, secara tradisi dikaitkan dengan masakan Hyderabadi. Hidangan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun Islam di India.

Hidangan ini bukan sahaja popular di India dan Pakistan, namun ia juga amat popular di Iraq, Iran, Afghanistan, Bangladesh, dan juga di kalangan penduduk Sri Lanka.

Dari segi sejarah, rempah-rempah dan bahan penyedap yang digunakan dalam beriani adalah minyak sapi, buah pala, cokmar, lada, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, daun salam, ketumbar, daun pudina, halia, bawang, dan bawang putih.

Nasi Briyani Gam Muar

Mesti ramai yang dah pernah cuba Nasi Briyani dekat restoran yang berlainan, lagi-lagi Nasi Briyani Gam Muar yang cukup serasi dan digemari oleh masyarakat sekarang terutamanya di kalangan orang-orang selatan.

Haji Othman bin Yaacob atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Uda, bukanlah orang biasa bagi masyarakat yang tinggal di Kampung Parit Tengah, Parit Jawa dalam Daerah Muar, Johor.

Masakan Nasi Beriani Pak Uda mendapat tempahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Melaka dan negeri Johor sendiri. Pak Uda terus mengorak langkah. 

Hasil usaha gigih cucunya Norazlin serta berkat doa keluarga dan masyarakat kampung maka pada tahun 2008, Syarikat Pak Uda Beriani Gam (PUBG) ditubuhkan. Jenama Pak Uda mula dikomersialkan. PUBG satu-satunya syarikat yang bertanggungjawab mempopularkan masakan Beriani. 

Laman web PakUdaBerianiGam.com menjadi platform mengetengahkan masakan Beriani agar sama popular dengan pengusaha-pengusaha Nasi Beriani yang lain. 

Bukan sahaja menceburkan diri dalam perniagaan katering, tetapi turut mengendalikan Bengkel masakan Nasi Beriani untuk majlis keraian dan kenduri kahwin.

Nasi Briyani Gam Batu Pahat

Kalau di Batu Pahat, Nasi Briyani Gam Batu Pahat merupakan nasi briyani yang popular. Biryani Mohd Shah begitu terkenal bagi rakyat di seluruh Malaysia, dan mesti ramai yang akan berhenti makan di gerai ini berkunjung ke bandar Batu Pahat.

Gerai ini diasaskan oleh tuan asal kepada perniagaan ini di Batu Pahat iaitu Mohd Shah, ayah kepada Haji Mohd Esa pemilik sekarang ini dan pengusaha restoran Nasi Biryani Gam di Batu Pahat sejak tahun 1986.

nasi briyani batu pahat

Tapi, korang pernah dengar tak nasi briyani dengan 14 secret spices?

Di gerai Sjam Dum Briyani, boleh didapati Briyani Fried Chicken yang mempunyai 14 secret spices!

Sjam Dumb Briyani berlokasi di Puchong Utama2.

Nak tahu lagi tentang nasi briyani ni?

Jom tengok review Briyani Fried Chicken dari Sjam Dum Briyani di TikTok Purple Durian!

Comments