Ayam Goreng Berhantu RM1.50 Je Seketul? Biar Betul?

You are currently viewing Ayam Goreng Berhantu RM1.50 Je Seketul? Biar Betul?

Ni dah tak tahu kali ke berapa dah min review pasal ayam goreng ni kan. Ramai betul yang suka ayam goreng ni asyik viral je hahaha. Okay kali ni min review satu lagi stall ayam goreng yang diberi nama Ayam Goreng Berhantu. Kenapa Ayam Goreng Berhantu? Jom ikut min review apa yang best Ayam Goreng Berhantu ini!

Stall Ayam Goreng Berhantu di Kampung Pandan Dalam
Nampak je khemah warna merah tu ha itulah kedai mereka, berhadapan pintu masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

Sebelum tu min share dulu location kat mana korang boleh singgah untuk dapatkan Ayam Goreng Berhantu ni. Stall mereka bertapak di hadapan pintu Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11 Pagi hingga 4/5 petang atau sampai ayam goreng mereka habis. Mereka juga menyediakan perkhidmatan delivery menggunakan lalamove atau grab express atau lebih senang order sahaja melalui grabfood atau shopeefood jika tidak kesampaian untuk ke kedai mereka.

Ayam goreng yang bersaiz besar dan rangup
Tengok pun dah tahu rangup dia macam mana sekali dengan besar seketul ketul tu ya ampun. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

Beberapa menu ayam goreng yang disediakan oleh Ayam Goreng Berhantu ni adalah ayam goreng biasa, ayam korean, ayam cheese, dan ramen samyang ayam cheese. Berikut adalah harga yang mereka telah tetapkan bagi ayam goreng mereka.

Harga

1. Ayam Goreng Biasa (RM1.50 – 1 Ketul)

Ayam goreng biasa
Ayam goreng biasa. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

2. Ayam Cheese – 1 Box (RM13 – 6 Ketul)

Ayam Goreng Cheese
Ayam goreng cheese. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

3. Ayam Korean – 1 Box (RM13 – 6 Ketul)

Ayam Korean
Ayam Korean. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

4. Ayam Mix Cheese + Korean – 1 Box (RM13 – 6 Ketul)

Ayam mix (Cheese dan Korean)
Ayam Mix (Cheese + Korean). Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

5. Ramen Ayam Cheese, Korean (RM13 – 3 Ketul)

Ramen ayam korean dan ayam cheese
Ramen Ayam Korean dan Ramen Ayam Cheese. Sumber: Ayam Goreng Berhantu/ Facebook

Review

Rata rata yang bagi review memang semua cakap sedap. Ayam goreng diorang yang memang besar dan rangup. Sampai setiap gigitan pun rasa kriuk kriuk gitu. Yang paling best nya ayam korean diorang guna sos korean homemade tau ha jangan main main. Cheese yang diorang letak untuk ayam goreng cheese pun tak kedekut sampai melimpah ruah lah. Senang cerita kalau korang beli memang puas hati, ayam yang besar, murah, lagi lagi kalau order yang korean ataupun cheese fuhh tak cukup lah kalau beli sekotak je.

📍 Location

Ayam Goreng Berhantu,

No.2, Jalan Pandan Medan,

Kampung Pandan Dalam,

55100 Kuala Lumpur, Selangor

Phone: 011 3990 5446

Facebook: https://www.facebook.com/AGBRM1

Instagram: https://www.instagram.com/ayamgorengberhantu/?hl=en

TikTok: https://www.tiktok.com/@ayamgorengberhantu

Comments