Pot Lepak – Port Lepak Dengan Western Paling Best di Sungai Petani

You are currently viewing Pot Lepak – Port Lepak Dengan Western Paling Best di Sungai Petani

Mai rapat rapat orang Kedah kumpul sini, min nak review satu port lepak yang mana korang boleh layan makanan western yang semestinya berbaloi dan sedap dimakan beramai ramai. Nama restoran tersebut adalah PotLepak. Haaaa nama pun memang dah santai teruk, takkan takmau datang lepak lagi kot.

PotLepak yang berada di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
PotLepak yang berada di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Sumber: PotLepak by FizzFadz/ Facebook

PotLepak bertapak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 4 petang hingga 12 pagi.  Interior kedai ini memang besar dan mereka juga menyediakan ruang bagi mereka yang ada event atau parti seperti parti hari jadi atau event besar yang ingin diraikan di sini.

Interior PotLepak
Interior PotLepak yang besar, sesuai untuk event atau parti. Sumber: PotLepak by FizzFadz/ Facebook

Menu yang mereka sediakan adalah berasaskan western food dan terdapat juga makanan goreng goreng yang lain. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah;

Menu

1. Chicken Burrito with Sunny Side Up (RM15)

Chicken Burrito with Sunny Side Up
Chicken Burrito with Sunny Side Up

Dihidangkan dengan tortilla sumbar dengan ayam panggang, campuran salad yang segar, telur dadar goreng, ketumbar dan mayunis.

2. Ribeye Steak (RM26)

Ribeye Steak
Ribeye Steak

Ribeye dari Australia yang diperap, dihidangkan dengan mashed potato dan salad.

3. Combo Big Platter – Chinese Fried Rice + Grill Lamb Shoulder (RM29)

Combo Big Platter – Chinese Fried Rice + Grill Lamb Shoulder
Combo Big Platter – Chinese Fried Rice + Grill Lamb Shoulder

4. Spicy Dry Ramen with Sesame & Boiled Egg + Honey Chicken Wings (RM17)

Spicy Dry Ramen with Sesame & Boiled Egg + Honey Chicken Wings
Spicy Dry Ramen with Sesame & Boiled Egg + Honey Chicken Wings

Dry ramen pedas dengan bijan, telur rebus, fish cake yang pelbagai + dua keping ayam goreng madu bahagian sayap dan cili.

Review

Sebelum ke kedai ni, make sure korang baca dulu menu apa yang diorang sediakan sebab memang rambang mata weh tak tahu nak pilih apa. Harga pulak memang murah dan portion mereka memang tak kedekut langsung, besar dan banyak. Orang kata sos black pepper dia memang mengancam habis. Haaaa kalau nak tahu mengancam ke tak, jangan lupa singgah di PotLepak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.

Untuk tengok review restoran lain di Kedah boleh tengok sini

Location

📍#PotLepak Restaurant

65-67, 8, Persiaran BLM 1, 08000 Sungai Petani, Kedah

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/Ja87GBqgdpp3MjDSA

📞Phone: 011 1030 6904

📲Instagram: https://www.instagram.com/potlepak/

📲Facebook: https://www.facebook.com/POTLEPAKLAGUNAMERBOK

Comments