Taco Bell Kini Sudah Berada Di Platform GrabFood

You are currently viewing Taco Bell Kini Sudah Berada Di Platform GrabFood

Berita yang ramai ingin tahu bahawa Taco Bell sudah berada di dalam senarai pesanan makanan Grabfood. Tentunya ramai rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk merasa hidangan-hidangan lazat yang akan disajikan oleh Taco Bell sendiri. Pasti ramai pelanggan yang akan berpuas hati dengan keenakan rasa ‘taco’ nya yang asli lagi menyelerakan. Peminat-peminat Taco Bell mesti teruja dengan makanan ala negara Mexico, yang juga menepati citarasa rakyat tempatan di Malaysia. Bukan sahaja bangsa melayu, bahkan bangsa india dan cina juga sudah mula meminati rasa ala hidangan negara Mexico itu.

Antara hidangan di Taco Bell
Taco yang menjadi kegilaan ramai

Grabfood adalah salah satu platform penghantaran makanan yang terbesar di Malaysia pada masa kini dan peminat makanan dari Taco Bell ini boleh lah membuat pesanan melalui Superapp. Anda perlu membuat semakan terlebih terdahulu untuk cawangan Taco Bell yang terdekat dengan rumah anda, untuk membuat pesanan makanan.

Untuk pengetahuan semua, Taco Bell sudah mempunyai 14 cawangan sekitar Lembah Kelang dan baru-baru ini Taco Bell sudah membuka cawangannya pula di Penang yang menjadi salah satu negeri tarikan pelancong di Malaysia. Wakil dari Taco Bell Malaysia, Harris Beh, berasa sangat teruja apabila jenama ini diberi peluang untuk bekerjasama dengan Grabfood untuk menghantar pesanan hidangan pilihan pelanggan-pelanggan ke rumah mereka. Kata Harris lagi, Taco Bell Malaysia berharap gabungan dengan Grabfood, dapat berjalan dengan lancar, sekaligus membantu menepati citarasa rakyat Malaysia.

Taco Bell juga mempunyai hidangan yang sihat
Taco bell juga mempunyai hidangan yang sihat

Ada pelbagai juadah Taco Bell yang boleh menambat hati para pengguna Superapp Grabfood. Antara pesanan hidangan-hidangan tersebut adalah seperti berikut.

The Taco Supreme

Ada masanya The Taco Supreme ini lembut dan ada ketikanya rangup, walau bagaimanapun ia tetap lazat! Hidangan ini dijamin menjadi pilihan anda kerana ayam dan daging lembu kisar, ayam panggang dan kacang hitam serta sos pedas, krim masam, salad segar, tomato yang dipotong dadu, disamping keju yang bermutu tinggi. Kesemua bahan ini diletakkan ke dalam kulit tortilla jagung yang rangup, setelah digoreng tepung yang lembut.

Bell Rice Bowl

Dibuat khas untuk rakyat Malaysia, nasi ini berperisa ala negara Mexico dengan sambal yang enak, kacang hitam yang berperisa, ‘pico de gallo salsa’ dan salad segar. Hidangan ini sesuai disaji bersama dengan kerepek ‘nacho’ untuk menambah selera para pelanggan!

Crunchwrap Supreme

Salah satu ciptaan Taco Bell yang paling dikenali dan unik adalah Crunchwrap Supreme yang padat dengan rasa intinya di setiap gigitan. Hidangan Ini juga disertakan dengan sos keju ‘nacho’ yang hangat, cangkerang ‘taco’ yang rangup, krim masam, sos pedas istimewa, salad segar dan tomato yang telah dipotong dadu. Hidangan ini juga disajikan dengan tortilla panggang yang hangat, dilipat dan dibungkus khas oleh pekerja Taco Bell sendiri di Malaysia.

Taco Bell juga ada menawarkan promosi penghantaran percuma di Grabfood dengan membuat pesanan di Superapp. Pelanggan perlu menaip kod TACOBELL dari 7 November hingga 7 Disember 2022. Pendek kata, tak rugilah kalau pelanggan buat pesanan Taco Bell di Grabfood!

Comments