Nasi Kandar Pelita, Kedai Nasi Kandar Yang Tak Jemu Dikunjungi Pelanggan

You are currently viewing Nasi Kandar Pelita, Kedai Nasi Kandar Yang Tak Jemu Dikunjungi Pelanggan

Sebut je nasi kandar pelita, confirm semua tahu kedai mamak nasi kandar paling famous ni. Tak kira lah korang ada kat mana sekali pun, mesti akan jumpa nasi kandar pelita ni. Apa specialnya nasi kandar pelita ni sebenarnya?

Haa sebelum tu min cerita sikit dari mana datangnya perkataan ‘pelita’ tu.  Pelita dalam bahasa melayu boleh dikategorikan sebagai lampu. Jadi pelita ini melambangkan kecerahan dan cahaya yang dipancarkan ke dalam aspek pengurusan dan pentadbiran perniagaan nasi kandar mereka. Sebab itu lah mereka menggelarkan nama mereka sebagai Nasi Kandar Pelita.

Nasi kandar pelita yang dibuka 24 jam sehari
Boleh dikatakan semua cawangan nasi kandar dibuka selama 24 jam sehari. Sumber: Google

Nasi Kandar Pelita telah dibuka pada 9 Jun 1995 di sebuah kedai kopi sudut di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang sebagai gerai menjual nasi kandar sahaja. Dalam masa yang singkat, tersiar berita bahawa masakan Nasi Kandar Pelita yang lazat dan beberapa ketika kemudian restoran itu dapat membeli kedai kopi tersebut.

Kini Nasi Kandar Pelita telah beroperasi selama 27 tahun, mereka juga telah memulakan pelan pengembangan yang agresif untuk memperkenalkan Nasi Kandar Pelita kepada pelanggan mereka di semua negeri utama di Malaysia.

Portion sepinggan nasi kandar di Nasi Kandar Pelita
Lihat lah portion dan keenakan nasi kandar yang disediakan di Nasi Kandar Pelita ini. Sumber: flickr.com

Orang kuat di belakang tabir Nasi Kandar Pelita ialah dua sahabat keluarga iaitu Encik Kirudu Muhamed Bin Kuppaikanni atau dikenali sebagai Abang K. K. dan Encik Kaliq Jamal yang dikenali sebagai Pak Misai. Abang K. K. berpengelaman lebih 40 tahun dalam masakan nasi kandar dan merupakan orang pertama yang memperkenalkan kedai nasi kandar 24 jam yang terletak di Jalan Tamil bersebelahan dengan Pasar Chowrasta Pulau Pinang.

Beliau juga memperkenalkan ‘kuah campur’, satu keistimewaan yang pasti memberikan rasa nasi kandar Pelita yang tidak dapat dilupakan.

Ini adalah antara menu yang popular dan menjadi kegemaran ramai di Nasi Kandar Pelita ini.

Menu

1. Nasi Kandar + Ayam Goreng + Sayur (RM10-RM12)

Nasi kandar + ayam goreng + sayuran
Nasi kandar, kuah campur beserta ayam goreng dan sayuran. Sumber: Google

Nasi kandar dengan kuah campur, didatangkan dengan ayam goreng serta sayuran pilihan sendiri.

2. Nasi Kandar + Ayam Madu + Sayur (RM10-RM12)

Nasi kandar + ayam madu + sayuran
Nasi Kandar. kuah campur beserta ayam madu dan sayuran. Sumber: Google

Yang ni pula nasi kandar kuah campur tapi dengan ayam madu yang manis. Sayur pun korang boleh pilih sendiri nak sayur apa.

Review

Yang dah tahu tentang nasi kandar pelita ni tahu lah riuh nya macam mana kedai mereka tiap malam lagi lagi belah Kuala Lumpur sana. Harga pun tidaklah mahal pun kalau nak dibandingkan dengan portion diorang tu banyak dan ayam pun besar besar belaka. Jadi yang mana belum pernah cuba makan di nasi kandar pelita dan nak cuba apa yang bestnya nasi kandar pelita ni boleh lah ke lokasi berdekatan dan boleh tengok di website mereka.

📍 Location

Nasi Kandar Pelita Cawangan Kuala Lumpur (Ampang)

No 149, Jalan Ampang,

Kuala Lumpur,

50450 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 03 2162 5532

Instagram: https://www.instagram.com/nasikandarpelita/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/Nasi-Kandar-Pelita-Official-1245563635533372/

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasikandarpelitaofficial

Website: https://www.pelita.com.my/

Comments