Sejarah Putu Piring – Manisan Yang Wujud Sejak Ratusan Tahun Dulu

You are currently viewing Sejarah Putu Piring – Manisan Yang Wujud Sejak Ratusan Tahun Dulu

Putu Piring ialah kuih tradisional Melayu atau pencuci mulut tempatan yang paling sedap dinikmati panas panas ketika musim hujan ni. Ia dibuat menggunakan tepung beras dan manakala intinya kelapa parut yang digaul dengan secubit garam dan gula aren. Putu piring menggunakan acuan putu piring yang ditutupi dengan kain muslin, atau kain putih jarang dan dimasak dengan teknik kukusan. 

Putu Piring. Sumber: Google

Ia digemari oleh semua orang kerana rasa susu dan lemak manisnya, dan biasanya putu piring dinikmati semasa waktu minum teh atau sekadar snek untuk makan petang petang. Nama Putu Piring berasal dari bahan yang digunakan dan bentuk pencuci mulut itu sendiri yang leper seperti piring. 

Kuih yang leper berbentuk piring. Sumber: Google

Sebenarnya kuih ni dikatakan berasal dari China dan sudah ada sejak ratusan tahun lalu tau. Tetapi, macam biasa lah peredaran zaman yang membawa makanan ke serata tempat lepastu diubah untuk ikut dengan tradisi makanan negara masing-masing. Tetapi ada juga yang kata Putu dipercayai wujud di tanah melayu bermula pada tahun 1786 seiring dgn kemasukan imigrasi kaum india utk tenaga kerja buruh.

Putu piring banyak dijual di Pasar malam. Sumber: Google

Mungkin sebab itu kuih ni dipanggil putu piring dan ‘putu’ berasal daripada bahasa Tamil yang merujuk kepada makanan-makanan yang diperbuat daripada tepung atau beras. Perkataan ‘piring’ ialah perkataan Melayu untuk piring seperti rupa kuih tersebut. Putu Piring memerlukan langkah yang teliti dan mudah untuk disediakan. Secara tradisinya, Putu Piring dibentuk tanpa menggunakan acuan tapi dibentuk secara manual dengan menekan adunan di antara kedua-dua belah tangan sebelum dikukus. 

Cara putu piring dikukus. Sumber: Google

Hari ini, tepung beras dituang ke dalam acuan aluminium diikuti dengan sesudu gula aren lepastu tepung dituangkan ke atas gula aren sehingga menutupi gula. Setelah masak, pencuci mulut diletakkan di atas daun pisang dan ditaburkan dengan kelapa parut. Kuih ni senang nak cari di pasar malam atau gerai-gerai kuih di tepi jalan.

Putu Piring dikenali sebagai Kueh Tutu di Singapura. Sumber: Google

Terdapat banyak variasi pencuci mulut Melayu yang serupa dengan Putu Piring ni tau macam Putu Bambu dan Putu Mayam. Mereka agak serupa tetapi berbeza dalam bentuk dan proses pembuatan sebab Putu Bambu berbentuk silinder ya. Mesti korang pernah nampak juga kan, mustahil duduk di Malaysia tapi tak kenal adik beradik Putu Piring ni hehe.

Comments