Top 15 Tempat Buka Puasa Terbaik di Bangi

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:21 mins read
You are currently viewing Top 15 Tempat Buka Puasa Terbaik di Bangi

Salam korang. Nak cari tempat berbuka yang sesuai untuk berbuka sesama keluarga dan teman-teman korang yang dikasihi? Min sini ada list 15 tempat yang korang boleh pilih yang penuh dengan variasi so korang boleh pilih yang mana paling sesuai! Apa tunggu lagi? Baca sampai habis tau!

1. MZ Cafe Bangi

Pelbagai masakan terdapat di sini. Hidangan Melayu, Indo, Thai, Western dan banyak lagi menanti korang di MZ Cafe Bangi! Syurga makanan ni luas dan sesuai sebagai restoran yang korang boleh pergi dengan teman atau keluarga.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/Hu4TUAE6zJ64Ur1UA

Alamat: MZ Cafe Bangi, Jalan Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/mzcafebangi

Instagram: https://www.instagram.com/mzcafebangi/?hl=en

Tiktok: https://www.tiktok.com/@mzcafebangi

Phone: 0163266464

2. Tuah Cafe Celoreng

Tuah Cafe Celoreng
Sumber: FB Tuah Cafe

Kalau korang nak dine in dengan suasana yang meriah, boleh turun ke Tuah Cafe untuk menjamu selera pelbagai makanan western mengikut suka korang! Portion hidangan diorang memang berpatutan dengan harga dan boleh menikmati makanan seperti spciy beef olio dan chicken chop. Kena try!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/KZ41ew5QYJE1xJLG9

Alamat: 20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Website: https://tuahcafe.com/

Facebook: https://www.facebook.com/tuahcafe/

Instagram: https://www.instagram.com/tuahcafe/

Phone: 0389128798

3. Jibril Bangi

JIBRIL ni memang unik dan lain daripada yang lain. Dengan berkonsepkan speakeasy bar, diorang memang kreatif dengan rekaan dalaman restoren! Jangan tersilap restoran ni dengan bar. Sebenarnya, mereka menghidang pelbagai makanan western halal yang kena dengan tekak orang Malaysia. Dari butter chicken ke chicken marsala dan lobster, kalau korang teringin nak makanan western, mesti try.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/oz6ejaFdSojokqvVA

Alamat: 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Website: https://jibrilss15.com/

Facebook: https://www.facebook.com/jibrilbangi/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/jibrilbangi/

Phone: 0102604145

4. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Nikmati pelbagai makanan laut di Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang sungguh segar! Kalau minat ikan bakar dan lauk pauk makanan laut yang lain, mesti korang tak rugi kalau singgah ke sini.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/h1LqaNPKrnsoAxFi7

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/people/Restoran-Ana-Ikan-Bakar-Petai-Bandar-Baru-Bangi/100076309296590/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/anaikanbakarpetaibangi/?hl=en

Phone: 0192177668

5. Ayam Bakar Wong Solo

 Ayam Bakar Wong Solo
Sumber: Tripadvisor

Kalau korang teringin berbuka dengan ayam penyet rangup dan sungguh lazat, boleh singgah Wong Solo untuk menikmati ayam penyet yang agak terkenal di kawasan Bangi!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/D3K9J9riHxjMiTDRA

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/wongsolomsia/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/wongsolo.my/?hl=en

Phone: 0389253414

6. RSMY Bangi Best Cheese Naan

Restoran simple ala mamak ni sebenarnya menghidang pelbagai makanan yang sungguh enak macam butter chicken, cheese naan specialty diorang dan banyak lagi! Kalau tengok menu diorang, mesti terleleh air liur! Mereka turut menghidang aneka jenis makanan western termasuk meatballs, chicken chop, fish and chips dan macam-macam lagi dengan harga berpatutan.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/nvEFoAsSqrsg8CiL7

Alamat: G9, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/rsmybangi/?locale=ms_MY

Phone: 0389229876

7. Nasi Kandar Express Bandar Baru Bangi

Restoran viral ni terkenal dengan nasi kandar yang sungguh menarik diorang! Kedainya sangat menarik, kemas dan bersih. Berkonsepkan restoran fast food, Nasi Kandar Express cukup bergaya dan modern untuk sebuah restoran nasi kandar.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/TtDJAJMtEW77N3t37

Alamat: 17, Jalan 15/1b, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/p/Nasi-Kandar-Express-Bandar-Baru-Bangi-100063501784976/

Instagram: https://www.instagram.com/nasikandarexpress/?hl=en

Phone: 01164295238

8. Restoran Sup Urat Keting

Restoran ni dibuka sejak 2008 lagi! Restoran Sup Urat Ketin menawarkan pelbagai makanan tempatan dengan pelbagai sup macam sup gear box, sup tulang, sup ekor dan banyak lagi.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/Aqrzr63U9NtujbWC6

Alamat: 80, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/people/RESTORAN-SUP-URAT-KETING/100054881333552/

Instagram: https://www.instagram.com/restoransupuratketin/

Phone: 0123790818

9. Me’nate Steak Hub @ Bangi

Kalau korang mengidam memakan steak yang premium, boleh singgah ke Me’nate Steak Hub dengan teman-teman korang untuk merasai daging dimasak setaraf hotel lima bintang! Steaknya dimasak sempurna dan lazat. Caj yang dikenakan bersesuaian dengan jenis daging berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/syHwPk5xyzmTtVVo8

Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Website: https://menate.com.my/our-menu/

Facebook: https://www.facebook.com/menatebangi/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/menatesteakhub/

Phone: 0389220092

10. Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

Nikmati mee tarik yang sungguh puas dan lazat dimakan di Mee Tarik Warisan Asli! Saiz hidangannya besar dan memuaskan. Dari ruang makan juga, anda boleh melihat aksi memasak live yang berlaku di dapur restoran di sebalik tingkap.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/JQ6AYAbzaYJ5fPUw9

Alamat: 50 38, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/MeeTarikMalaysia/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/meetarikwarisanasli/

Phone: 0389259909

11. Kedai Kopi Tepian Bangi

Kedai kopitiam kejiranan mesra biasa anda yang menyajikan Roti Bakar kegemaran sepanjang masa rakyat Malaysia dan banyak hidangan kopitiam lagi. Suasana ramah mesra di kopitiam ni boleh buat korang kembali ke tempat ni! Mereka juga menghidang pelbagai makanan panas seperti tom yam, roti canai, nasi lemak dan banyak lagi.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/YU8MF9eJgeoQLJch6

Alamat: No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Phone: 0389121562

12. Red Card Café

Red Card Café
Sumber: VMO Rocks

Kalau korang singgah Red Card Café, korang bakal disambut oleh sebuah suasana yang cosy dan tenang diiringi alunan muzik yang sedap didengar. Boleh nikmati makanan western macam Swedish meatball, creamy cajun chicken, lamb chop, salmon pasta dan banyak lagi di sini!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/gd7zZ2K6MJyMRnf3A

Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/redcardcafe/

Instagram: https://www.instagram.com/redcardcafe/?hl=en

Phone: 0382111310

13. Cartel Coffeeshop

Cartel Coffeeshop rakan korang kalau korang teringing memakan makanan western sambil meminum kopi yang lazat. Hidangan yang mesti try termasuklah pasta, chicken pie dan nachoes diorang!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/B3Y4bbzGFTeUn4j68

Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Website: https://cartelcoffeeshop.com/

Facebook: https://www.facebook.com/cartelcoffeeshop

Instagram: https://www.instagram.com/cartelcoffeeshop/

Phone: 0135990823

14. Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Restoran ni sungguh estetik dan suasananya sungguh aman. Kafe ni terletak di atap dan berkonsepkan restoran ‘hipster’ dan mereka menghidang pelbagai makanan western ala Malaysia macam burger dan pasta pelbagai.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/JZrgekxQDugnJmnz8

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/denali.and.pinnacles/

Instagram: https://www.instagram.com/denali.and.pinnacles/

Phone: 0389125936

15. Sophia Bangkok Cuisine

Sophia Bangkok Cuisine
Sumber: Foursquare

Kalau korang makan di sini, pasti akan rasa macam korang makan di dalam taman! Nikmati pelbagai kuisin Thai autentik dengan harga yang sangat berpatutan macam tom yam, siakap tiga rasa, pad Thai dan banyak lagi.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/7kHiPZwpD4MtQDFW7

Alamat: Persiaran Kemajuan, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Phone: 0132699396

Artikel oleh Farzana Iwani