Tradisi Nostalgia Kuih Melayu: Kuih Batang Buruk

You are currently viewing Tradisi Nostalgia Kuih Melayu: Kuih Batang Buruk

Orang Melayu sememangnya kaya dengan aneka kuih-muih tradisional yang turun dari generasi berzaman. Namun, ada kuih yang masih kekal sampai sekarang dan ada juga yang sudah lama ditelan zaman. Maklumlah, generasi muda zaman sekarang lebih gemar makan kek dan biskut moden yang dijual. Walaupun begitu, kuih-muih tradisional ni semua akan dicari waktu raya sahaja sebab itulah tiba je musim perayaan mesti permintaan tempahan kuih-muih ni tinggi.

Antara kuih tradisional paling sedap. Sumber: Google

Antara kuih yang senang nak dapat waktu raya je ialah kuih batang buruk. Kalau pergi beraya rumah makcik pakcik di kampung mesti jumpa kuih ni dalam salah satu balang kuih, kan? Kuih batang buruk dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa. Kemudiannya diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berlubang dan disalut dengan serbuk kacang hijau. Kuih batang buruk antara kuih ringkas nak buat dan paling sedap! Teksturnya yang rangup, cair dimulut dan manis berlemak ni kalau sekali telan mesti tak boleh berhenti tau!

Bekas kuih raya wajib ada disetiap rumah. Sumber: Google

Korang pernah tak tertanya-tanya kenapa asal usul kuih batang buruk ni dinamakan macam tu? Mesti pernah kan? Min ada dengar cerita yang kuih ni dinamakan sedemikian adalah kerana rupanya yang tidak secantik dan berwarna warni seperti kuih lain. Ada yang kata kuih ni dipanggil batang buruk sebab rupa kuih ni yang buruk kalau nak dibandingkan dengan kuih-muih tradisional lain. Kesian dia, kena panggil buruk huhu. Biarlah rupa tak menawan, asalkan isi sedap dan cantik rasanya bila dah masuk mulut. Sama la ibarat kita manusia ni, rupa tak penting asalkan isi hati baik dan beri manfaat kepada orang ramai! Gituww uolls!

Menyerupai dahan kayu. Sumber: Google

Selain itu, kuih ni dipanggil batang buruk juga kerana fizikalnya yang menyerupai dahan kayu dan disaluti pula dengan serbuk kacang hijau yang membuatkan ia serupa dengan kayu buruk. Haa, jadi sebab itulah ia dinamakan kuih batang buruk! Mungkin kalau korang tunjuk kuih ni kat generasi muda sekarang, diorang takkan tahu nama kuih ni, betul tak?

Comments