Sejarah Nasi Air Dingin

You are currently viewing Sejarah Nasi Air Dingin

Siapa tahu Nasi Air Dingin dan tempat asal usulnya? Kalau tak tahu, meh min nak cerita dekat korang! Sejak beberapa tahun lalu, Nasi Air Dingin ni mula mendapat perhatian di kalangan orang ramai, yelah dulu ramai tak kenal pun hidangan ni. Kalau dulu nak makan Nasi Air dingin ni memang kena pergi Kelantan je, sekarang dah serata Malaysia boleh jumpa tau.

Nasi berlauk Air Dingin. Sumber: google

Nasi Air Dingin ni apa sebenarnya? Ia dimasak dalam air sejuk ke? Eh takkk, Nasi Air Dingin ialah sejenis hidangan nasi berlaukkan gulai samaada gulai ikan, ayam atau daging. Dapnya! Sebab ia dipanggil Nasi Air Dingin pula, hidangan ni berasal dari Kampung Air Dingin di Tumpat Kelantan. Haa, bukan sebab cara masakan atau apa, cuma nama kampung kelahiran hidangan ni je gais.

Kampung Air Dingin. Sumber: lilawadi/twitter

Dahulu, nasi ni ada dijual di kampung Air Dingin je tau, tapi sekarang dah meluas dan semua orang boleh rasa. Hidangan ni juga sebenarya sama je macam nasi berlauk tu cuma nama gelaran je berbeza. Kat Kelantan juga, ada yang hidang Nasi Air Dingin ni dengan nasi dagang maknanya nasi dagang tu dimakan dengan kuah gulai ayam atau daging. Min tak pernah rasa, tapi macam sedap je kan..

Sumber: google

Kelantan memang terkenal dengan pelbagai hidangan yang sedap-sedap, tak sah kalau datang ke Kelatan tapi tak food hunting tau. Nasi Air Dingin dah dijual merata-rata so kalau nak rasa nasi ore kelate ni korang pusing je KL, konfem jumpa punya!

Comments