Rojak Asalnya Dari Makanan Orang Jawa? Jom Kenali Asal Usul Rojak

You are currently viewing Rojak Asalnya Dari Makanan Orang Jawa? Jom Kenali Asal Usul Rojak

Rojak adalah makanan yang sangat digemari oleh pecinta makanan tradisional kerana rasanya yang lazat dan sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Difahamkan sejarah rojak ini berasal dari hidangan yang menjadi makanan orang-orang Jawa sekitar abad ke-10. Rojak kemudiannya diperkenalkan kepada pedagang-pedagang dari negara India yang datang berniaga di tanah Jawa. Dari situ, para pedagang dari India tersebut telah mengolah rasa rojak, sesuai dengan citarasa mereka sendiri. Perkataan “rojak” itu sendiri bermaksud bercampur aduk. Jadi tidak hairanlah mengapa para pedagang tersebut boleh mencampurkan bahan-bahan lain ke dalam hidangan mereka, mengikut selera masing-masing.

Di Malaysia pula terkenal juga dengan rojak Pasembur yang lazimnya dihidangkan oleh masyarakat berbangsa India di sana. Rojak Pasembur mengandungi bahan-bahan seperti timun, taugeh, tahu, udang goreng, telur rebus, kentang dan sotong.

Rojak Pasembur
Rojak yang popular di kalangan orang jawa di sekitar abad ke-10

Penang adalah negeri di Malaysia yang paling terkenal dengan rojak Pasemburnya. Tambahan pula, Penang adalah salah satu syurga makanan di Malaysia. Jadi, tidak heranlah jika rojak Pasembur adalah yang paling lazat di Penang.

Di Indonesia pula, terkenal dengan hidangan gado-gado yang juga dikategorikan sebagai rojak cuma bezanya dengan rojak Singapura dan rojak pasembur Malaysia, adalah ia mengandungi lontong, tempe dan keropok. Walau bagaimanapun, gado-gado memang mempunyai keunikan rasanya tersendiri yang lazat dan mampu membuat para pelancong berpuas hati dengan hidangan tersebut.

Rojak Singapura
Rojak Singapura juga antara rojak yang diminati ramai

Sebenarnya tidak dapat dipastikan lagi sejarah rojak. Ini kerana masyarakat Cina juga menjual rojak dari zaman dahulu lagi seperti bangsa Melayu dan India. Apa-apa pun rojak adalah makanan istimewa untuk berbilang bangsa dan kaum!

Korang pun boleh baca artikel “Resepi Nasi Kerabu Menggunakan Bunga Telang