“Bontrot” Nasi Ambeng… Apa Maksudnya?

You are currently viewing “Bontrot” Nasi Ambeng…  Apa Maksudnya?

Bagi sesiapa yang tak tahu, Nasi Ambeng merupakan makanan budaya masyarakat Jawa.

Nasi Ambeng terdiri daripada nasi putih yang dihidang di dalam dulang besar dan dilengkapi lauk pauk seperti ayam masak ungkep, serunding kelapa, tempe goreng, mee goreng, sambal goreng Jawa dan ulam.

Nasi ambeng memang terkenal di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia yang berketurunan Jawa.

Nasi ambeng juga sering dihidang di Singapura.

Nasi Ambeng ada asal usul ke?

Nasi ini disediakan oleh orang keturunan Jawa di sebelah Pantai Barat Malaysia semasa kenduri kendara seperti kenduri arwah (Tahlil) dan kenduri kesyukuran. 

Pada zaman dulu, nasi dimasukkan kedalam acuan atau besen sebelum dihidangkan. Dengan ini, nasi ini akan kenyal dan tak mudah bertabur.

Semuanya diletak di atas nasi yang berlapik daun pisang di atas dulang.

Pada tahun 1890-1900, masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu.

Mereka telah memperkenalkan salah satu juadah budaya Jawa ke Tanah Melayu iaitu Nasi Ambeng.

Namun, pada zaman kini lauk ayam telah dipelbagaikan seperti ayam masak kicap atau ayam goreng. 

Hidangan ini biasanya dikongsi seramai 5 ke 6 orang oleh kerana kuantitinya yang banyak.

Pada asalnya nasi ambeng ini tidak untuk dimakan. Ia sekadar dijamah untuk dirasa sahaja. 

Kemudian ia dibahagi empat dan dibungkus untuk dibawa pulang sebagai bontrot kepada keluarga yang menunggu di rumah. 

Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian majlis-majlis tersebut. 

Disamping itu, pengamal nasi ambeng percaya amalan ini boleh membawa kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.

Tapi, apa itu “bontrot”?

Bontrot merupakan perkataan Jawa yang bermaksud “Berkat”.

Berkat pula bermaksud buah tangan.

Jadi, bila kita pergi kenduri dan nasi ambeng di makan di dalam dulang, lebihan nasi ambeng yang tidak dihabiskan akan dibungkus sebagai bontrot.

Sebelum ni, korang pernah dengar tak perkataan bontrot ni?

Komen di ruangan bawah!

Jom tengok video review tentang nasi ambeng di TikTok Purple Durian!

Comments