Sejarah Boba Tea, Minuman Kegemaran Rakyat Malaysia

You are currently viewing Sejarah Boba Tea, Minuman Kegemaran Rakyat Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, pembukaan kedai minuman bubble tea kat negara kita ni macam cendawan tumbuh lepas hujan. Baik jenama jenama bubble tea besar mahupun gerai gerai ditepi jalan, memang selalunya akan dapat sambutan dari orang ramai. Namun ramai ke tahu asal usul bubble tea ni, siapa lah yang cipta minuman yang semua suka ni kan?

Bubble atau boba tea bukanlah fenomena baru di Malaysia ni bahkan dikatakan sudah ada lebih 50 jenama bubble tea tau dan ada je bertambah lagi pembukaan disana dan sini. Asalnya, kalau korang nak tahu ada sedikit pergaduhan tau antara dua jenama boba tea dari Taiwan yang mengaku mereka pengasas awal bebola boba ni. Hanlim Tea Room iaitu salah satu jenama terawal bubble tea di Taiwan mengatakan idea untuk buat bebola manisan didalam teh itu asal dari pengasas mereka, Tu Tsung-He.

Pada tahun 1986, beliau ke pasar dan membeli bebola ubi kayu lalu dimasukkan ke dalam teh susu yang ingin diminumnya. Suka dengan rasanya yang kenyal dan manis bersama teh beliau pun dapat idea untuk gabungkan kedua ni pastu jual teh bersama bebola kepada orang ramai. Beliau juga menamakan minuman tersebut sebagai ‘Pearl Milk Tea’ sebab bebola yang berwarna putih tu.

Haa, korang mesti tertanya-tanya siapa seorang lagi pengasas yang claim mereka pencipta asal boba tea kan? Pekerja syarikat Chun Shui Tang yang diceritakan penggemar bebola ubi kayu dan dia pernah sengaja mencampur bebola ubi kayu didalam teh susu dan teh lemon hitamnya. Sejak dari itu, mereka menjual minuman tersebut sehingga sekarang.

Dikatakan kat Taiwan sana, kalau bercerita je tentang sejarah bubble tea memang wajib sebut kedua-dua syarikat pengasas ni tau sebab dua dua taknak mengalah siapa yang cipta minuman ni. Sekarang pun boba tea ni dah famous di seluruh dunia, kat mana-mana pelusuk dunia pun memang ramai yang cari boba tea, betul tak?

Comments