Orang Melayu dan Sambal

You are currently viewing Orang Melayu dan Sambal

Sambal adalah sebahagian besar daripada masakan orang melayu di Malaysia. Orang melayu selalunya suka makan sambal untuk sarapan pagi dengan nasi lemak, dengan lauk nasi campur untuk makan tengahari dan makan malam. Ada juga yang makan sambal sebagai sos pencicah macam sambal kicap yang dimakan dengan pisang goreng dan buah-buahan. Senang kata, sambal ni dah memang menu wajib ada di atas meja makan lagi lagi bagi yang suka masakan ala kampung. 

Ikon makanan Malaysia, Sambal. Sumber:

Terlalu banyak kelainan jenis sambal yang ada kat Malaysia ni dan setiap daerah berbeza jenis sambalnya tau. Sambal dengan orang Melayu ni dah macam keju pada orang Eropah, memang mustahil nak pisahkan, betul tak? Memang bukan melayu tulen la kalau tak pernah rasa sambal. Sambal ni dah wujud di tanah Melayu sejak berkurun lamanya, sehingga sekarang pun sambal masih lagi relevan. 

Disini kami akan listkan ‘Top 5’ sambal yang sangat digemari orang-orang Melayu. Kalau takde sambal-sambal sebagai peneman masakan ni memang rasa tak lengkap la! 

  1. Sambal Belacan

Semua orang yang lahir dan menetap di Malaysia mesti tahu sambal belacan. Sambal belacan ni selalu jadi hidangan sampingan orang makan bersama nasi berlauk dengan ulam-ulaman. Kalau dapat sambal belacan dengan ikan goreng garing dan nasi panas-panas pun dah puas hati sangat! Ia sangat mudah untuk dibuat kerana anda hanya perlu campurkan atau blend semua bahan dan dah siap! Ada dua versi sambal belacan yang boleh dijumpai di Malaysia ni. Sesetengah orang suka gunakan asam jawa untuk menambah elemen masam, tapi ada orang suka gunakan asam limau. Korang suka yang mana? 

Sambal Belacan. Sumber: youtube.com

2. Sambal Hitam

Sebut sahaja sambal hitam, mesti korang terbayang sambal yang cukup rasa dengan masam belimbing, masin serta manis dari Pahang. Hanya dengan menggunakan 4 bahan sahaja dah boleh dapat hasilkan sambal sedap ni! Kalau nak buat sambal ni korang hanya perlukan bawang, cili, ikan bilis dan belimbing hitam. Sambal hitam yang sangat sesuai dimakan dengan apa jua hidangan dan makan dengan nasi putih dan berlaukkan sambal ini sahaja sudah cukup menyelerakan. Kalau Min suka tambah telur dadar sekali, memang sedap siap bertambah nasi! 

Sambal hitam kebanggaan orang Pahang. Sumber: youtube.com

3. Sambal Tempoyak

Kalau korang penggemar durian, automatik korang akan minat sambal tempoyak sekali, kan? Selain sambal belacan, tempoyak ini juga jadi kegemaran ramai sebagai pencicah atau lauk yang ‘kena’ bersama dengan ulam-ulaman. Rasa pedas campur rasa berlemak durian yang difermentasi tu memang sedap tak terkata! Orang tua-tua dulu suka kombinasi tempoyak ni dengan lauk ikan singgang. Lagi sedap sambal tempoyak ni dicampur dengan ikan bilis dan petai!

Sambal Tempoyak bersama petai dan bilis. Sumber: cookpad.com

4. Sambal Budu

Sambal budu merupakan antara sambal yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Kebiasaanya sambal budu ini diletakkan dalam nasi kerabu tetapi kalau nak makan sambal budu tanpa nasi kerabu pun boleh. Ada yang makan begitu sahaja dengan nasi putih, ikan goreng atau ayam goreng rangup! Dah boleh bayang kesedapan sambal budu ni, kan? Sambal budu ni juga sering ditambah isi durian untuk tambah lagi umphhh dia tu!

Sambal budu. Sumber: amie’slittlekitchen

5. Sambal Kicap

Ini lagi satu jenis sambal yang boleh dikatakan antara kegemaran ramai di seluruh Malaysia. Sambal kicap ni ada yang suka cili dikisar sehingga hancur, tapi ada juga yang suka cili dipotong kecil kecil seperti biasa. Padu kalau dihidangkan bersama sup, soto atau menjadi pencicah tauhu dan ikan bakar dan untuk dicicah dengan buah mangga. Tambah gula sikit baru lagi padu! Biasanya kalau korang pergi Johor, korang akan jumpa orang jual Pisang goreng bersama sambal kicap ni!

Sambal Kicap.

Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kepadagenerasi nenek moyang kita dulu kerana tinggalkan kita pelbagai jenis makanan yang sedap! Walaupun zaman sekarang semua dah sibuk bekerja dan tiada masa untuk duduk di dapur buat sambal pun tak perlu risau, dah ramai yang jual sambal segera tau! Tinggal beli, hidang dan nikmati dengan nasi lauk panas panas je, senang kan?

Comments