Mee Tarik Viral Pasar Seni dah ada cawangan baru?!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Mee Tarik Viral Pasar Seni dah ada cawangan baru?!

Restoran Mee tarik Lan Zhou yang pernah viral di TikTok beberapa bulan lepas kini sudah ada cawangan keduanya di Bukit Bintang! Cawangan Mee Tarik Lan Zhou Bukit Bintang mula beroperasi pada 25 Mei lalu, namun penangan mee tarik ini masih meninggalkan kesan kepada pencinta mee tarik tau. Sampaikan cawangannya yang di Bukit Bintang pula viral di TikTok baru-baru ni.

Pembukaan cawangan baru diumum di Tiktok mereka.

Cawangan di Bukit Bintang ini katanya lebih luas dan selesa berbanding yang di Chinatown, Pasar Seni. Beberapa pengguna TikTok berkongsi video mereka berkenaan restoran tersebut dan ramai bersetuju yang mereka tak perlu lagi beratur panjang dan bersesak di cawangan ni. Maklumlah, kuasa viral TikTok ni sangatlah menjadi hingga Mee tarik di Pasar Seni tu setiap hari sesak. Lokasi restoran yang bertempat di tepi jalan ni memang ngam, sambil makan mee tarik panas dapat layan angin malam KL. 

Sliced Beef Noodle. Sumber: @yoitsnabilah (twitter)

Lagi satu point menarik pasal restoran mee tarik ni ialah waktu operasinya. Mereka beroperasi dari 10 pagi sehingga 4 pagi tau! Jadi, kalau lapar tengah malam dan dah muak masak maggi je, try la pekena mee tarik panas-panas dan dumplings kat restoran ni. 

Menu Best di Mee Tarik Lan Zhou

Sumber: @kingxiez (twitter)

Antara bestselling menu dekat restoran ni adalah seperti Sliced Beef Noodle, Chicken Noodle, dan Onion Fried Meat Noodle. Selain itu, kegemaran ramai juga termasuk steamed dan fried dumplings sama ada kambing, daging lembu, ayam atau kucai dengan telur. Bagi penggemar BBQ pun boleh try diorang punya BBQ lamb atau chicken skewers. Korang yang dah pernah try tu, share la sikit pendapat korang! 

Comments