Donut Susu Viral, Jom try buat!

You are currently viewing Donut Susu Viral, Jom try buat!

Korang yang suka scroll TikTok tu mesti pernah dengar pasal Donut Susu yang tengah viral tu, kan? Donut Susu ni ialah gabungan donut yang gebu dan lembut disalut dengan susu tepung yang lemak manis. Bayangkan gigit isi donut yang gebu macam kapas kat dalam dan topping luar manis, pergh meleleh air liur! Selepas je reda sedikit hype pasal Donut gebu yang dekat area Gombak tu, Donut susu pula yang naik. 

Namun, Donut susu ni bukanlah resipi baru tau tapi dah lama ada sebab resipi donut susu ni kesukaan anak-anak. Jadi mesti ada yang pernah makan Donut susu air tangan mak korang masa kecil dulu, kan? Memang tak ramai yang jual Donut susu ni dan ianya sering jadi resipi untuk dibuat dirumah je sebenarnya. So, macam mana boleh viral?

Kombinasi minum petang, donut susu dan teh panas. Sumber: namakucella

Salah satu punca yang menyebabkan tercetusnya fenomena Donut Susu baru-baru  ni ialah kedai Donut yang popular di Penang tu. Caah’s Donut yang beroperasi di Seberang Jaya, Penang sejak tahun 2020 lagi. Mereka mahir dalam pembuatan donut yang lembut dan gebu, dan hanya satu perisa yang dijual iaitu Donut Susu.

Setiap donut dibuat dan diuli segar di kedainya mengikut resipi asli dari ibu mereka. Selepas diuli dan ditekap menjadi bentuk donut, digoreng pula sehingga rangup dengan mengekalkan kegebuan setiap donut tu. Donut susu disini disalut mengunakan susu tepung dan gula aising, memang padu! (Sumber: Halal Foodie) Kalau lalu dekat situ dan nampak ramai orang beratur, sahlah itu kedai Caah’s Donut ni!

Perkongsian seorang pengguna Tiktok yang singgah ke Caah’s Donut mendapat jumlah ‘likes’ mencecah 107k! Memang Viral la! Malangnya, dekat KL ni memang agak susah nak dapat Donut Susu ni, puas kami cari kalau ada pun memang agak jauh dari tempat kami. Jadi, disini kami akan tunjukkan cara-cara dan resipi Donut susu ini supaya kita semua dapat rasa Donut ni tanpa perlu beratur panjang dan travel ke Semenanjung sana!

Donut yang gebu dan lembut. Sumber: myresepi.com

Cara-cara:

  • Yis Mauripan 1 pack (Perlu dibancuh dengan air suam sampai berbuih)
  • Tepung gandum 1kg
  • Telur 1 biji
  • Marjerin 2 sudu 
  • Susu pekat 2 sudu
  • Susu tepung 2 sudu lebih 
  • Garam 
  • Yis dah kembang campur semua bahan di atas dan uli sejam
  • Lalu, bentukkan bulat seperti donut dan sedia untuk digoreng

Salutan susu: 

  • Susu tepung (Fernleaf) dan gula aising
  • Campur dua bahan tersebut dan dah boleh disalut dengan donut 

Sumber: Noor Shafiqah Ghazali @ Facebook 

Comments