Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Dah Sampai Ke China?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Dah Sampai Ke China?

Baru-baru ini, social media influencer Khairul Aming yang terkenal dengan video masakan yang simple ala-ala bujang di Instagram telah mengeluarkan sambal jenama sendiri iaitu Sambal Nyet Berapi By Khairul Aming.

influencer khairul aming

Sambal tersebut telah mendapat sambutan yang hangat pada hari pertama dan juga mendapat pujian dari orang ramai. Sambal Nyet Berapi kini sering sold out.

Disebabkan itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual Sambal Nyet Berapi yang palsu di aplikasi Shopee. 

sambal nyet berapi

Pelanggan yang membeli produk palsu tersebut telah membuat aduan mengatakan sambal tersebut basi, tidak elok, packaging yang teruk dan macam-macam lagi.

Perkara ini telah diketahui oleh Khairul Aming dan beliau telah memuat naikkan video tentang isu berkenaan.

khairul aming instagram video

Video tersebut telah mencecah 3 juta views.

Di dalam video tersebut, Khairul Aming menyatakan bahawa produk yang dijual oleh seller Shopee yang lain adalah palsu. Khairul Aming juga menunjukkan perbezaan produk original dan produk palsu. 

Khairul Aming menyatakan betapa kecewa beliau oleh perkara tersebut.

Pengikut Khairul Aming telah menunjukkan sokongan yang begitu banyak.

Lihat video penuh:

Baru-baru ini, netizen memuat naik di Twitter tentang Sambal Nyet Berapi yang dijual dari Mainland China.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian Khairul Aming sendiri dan beliau telah respon kepada tweet tersebut.

screenshot twitter

Sambal Nyet Berapi by Khairul Aming yang original boleh didapatkan di Shopee Khairul Aming!

Kepada sesiapa yang penggemar rasa sambal yang pedas menyengat, memang akan suka Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Comments